·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙
·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙
1. Anda seorang yang pemurah dan
bermoral. Anda selalu berusaha membaiki diri. Bercita2 besar dan mempunyai
standard yang tinggi. Orang lain mungkin merasakan susah berkomunikasi dengan
anda, tetapi bagi anda, sebenarnya susah untuk anda menjadi diri sendiri. Anda
bekerja dengan sangat kuat tetapi tidak mementingkan diri. Anda bekerja kerana
anda ingin mengubah dunia. Anda berkemampuan untuk mencintai orang sehingga
mereka menyakiti anda. Sekalipun demikian.. anda akan masih menyintainya. Hanya
sedikit orang yang dapat menghargai segala yang anda lakukan.
2. Anda seorang yang menyeronokkan
dan jujur. Anda sangat bertanggungjawab dan suka menjaga orang lain. Anda
percaya bahawa kita perlu sentiasa bersikap jujur dalam setiap pekerjaan. Anda
mempunyai personaliti yang baik dan orang akan cepat mempercayai anda. Anda
juga bijak serta cepat berfikir. Sentiasa ada cerita menarik untuk anda
kongsikan.
3. Anda seorang yang bijak dan suka
berfikir. Anda adalah pemikir yang hebat. Bagi anda, akal fikiran dan idea
adalah sangat penting. Anda suka berfikir mengenai teori dan pandangan anda
berseorangan. Anda juga jenis orang yang introvert. Anda hanya dapat
menyesuaikan diri dengan orang yang suka berfikir dan belajar seperti anda.
Anda juga banyak berfikir tentang moraliti. Sentiasa cuba melakukan yang elok
pada fikiran anda, sekalipun majoriti menentang anda.
4. Anda seorang yang perseptif dan
berfalsafah. Anda unik dan berbeza dengan orang lain. Anda juga seorang yang
mengikut naluri dan aneh sedikit. Selalu disalahanggap oleh orang lain, dan
ianya menyakitkan hati anda. Anda perlukan ruang untuk diri anda. Kreativiti
anda perlu diasah, dan ianya memerlukan anda menghormati orang lain. Anda
adalah orang yang dapat melihat baik dan buruk dalam hidup dengan jelas. Anda
sangat emosional.
5. Anda jenis yang yakin dan
menguasai keadaan. Anda sangat berdikari. Prinsip hidup anda 'Saya akan lakukan
dengan cara saya'. Anda seorang yang bergantung pada diri sendiri dan tahu
bagaimana untuk menjadi tabah pada diri sendiri dan orang yang anda cintai.
Anda cukup tahu apa yang anda nak dan anda tidak takut untuk mengejar impian
anda. Satu perkara yang anda perlukan dari orang lain adalah kejujuran. Anda
juga cukup kuat untuk menerima kebenaran.
6. Anda seorang yang baik dan
sensitif. Orang lain cepat dapat bergaul dengan anda. Anda mempunyai ramai
rakan dan suka membantu mereka. Anda mempunyai aura yang baik sehingga semua
orang gembira untuk berada di sisi anda. Setiap hari, anda memikirkan cara
memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik. Anda mahu menjadi lebih menarik,
tersendiri dan unik. Lebih daripada orang lain di dunia, anda sangat memerlukan
cinta. Malah termasuk mencintai orang yang tidak mencintai anda.
7. Anda seorang yang ceria dan
sentiasa gembira. Anda sangat sensitif tetapi juga sangat memahami. Anda
pendengar yang baik dan tahu untuk tidak bersikap menyebelahi sesiapa. Anda
lebih terbuka dengan orang baru anda kenali dan di majlis-majlis. Anda sangat
kebal daripada stres dan sangat jarang untuk merasa bimbang. Kebiasaannya, anda
sentiasa relaks. Anda sentiasa ada masa untuk berseronok dan tidak hilang
tujuan.
8. Anda seorang yang menawan dan
bertenaga. Anda seorang yang menyeronokkan dan tahu untuk membuatkan orang
ketawa. Anda sentiasa tenang dan selesa menjalani kehidupan anda. Anda seorang
spontan dan entusiastik. Tidak pernah mengatakan tidak kepada cabaran baru.
Biasanya, anda akan mengejutkan orang sekeliling anda pada akhirnya. Tetapi,
itu lah anda.. Sentiasa menjadi diri sendiri. Mempunyai banyak minat dan jika
menunjukkan minat pada sesuatu, anda akan cuba buat dengan sebaik mungkin.
9. Anda seorang yang optimistik dan
bernasib baik. Anda percaya bahawa hidup adalah satu anugerah dan sentiasa cuba
utuk mencapai sebanyak mungkin dan meletakkan anugerah ini pada tempat yang
sepatutnya. Anda sangat bangga dengan pencapaian anda. Anda juga sentiasa
bersedia untuk setia dengan orang yang anda sayang. Anda mempunyai pendekatan
hidup yang sehat. Anda gunakan sebarang peluang untuk memaafkan, terus belajar
dan membesar kerana anda percaya, hidup adalah terlalu pendek untuk membiarkan
ianya berlalu begitu saja.

No comments:
Post a Comment