Lagu

Tuesday, 31 December 2013

:)

Dia gadis biasa.
Dia bukan gadis yang cantik.
Dia tidak sesolehah yang lain.
Dia akui dia tidak sempurna.
Dia bukan seorang Hafizah,
dan seringkali lalai dalam agama.

Dalam tangisannya,
hatinya kuat berkata :
"Hidup bukan untuk membuatkan orang suka, kerana redha Allah bukan milik manusia."

Dia mengesat perlahan pipinya.
Bangkit melangkah laju.
"Aku hanyalah gadis biasa, tidak mungkin akan sempurna. Tapi aku mahu menjadi hebat di mata Dia." :')

Sunday, 29 December 2013

terharu dengar lagu ni..tetiba teringat kat my lovely mum..

 

Apakah sebenarnya
Terbuku dikalbumu
Apakah erti linang airmata di pipimu


Ucapkanlah padaku
Tak bisa kurungkainya
Rahsia yang kau pendam itu

Aku hanya menduga
Tidak mampu merasa
Sebenar-benar perasaanmu


Pengorbanan yang kau lakukan
Untuk dewasakan ku
Pengorbanan yang kau lakukan
Untuk dewasakanku
Hanya bisa ditangguing oleh hati ibu

Namun kupercaya
Takkan terlerai kasih
Ikatan ini takkan putus


Telah kau telan lara
Dan terima segala
Dugaan dan badai yang melanda...
Duhai ibu
-keep smile-

 ♥my mum

Saturday, 28 December 2013

jodoh dan takdir



JODOH DAN TAKDIR..

Selalu aku berdoa kepada Yang Maha Esa
Moga dikurnia seorang ratu di jiwa
Tempat untuk kuluahkan segala rasa
Perasaan yg tersimpan seribu satu makna

Di kala aku keseorangan
dia penghibur dan jua peneman
hati yg sayu tidak kesepian
duka dan lara tiada keresahan

Ya Allah tidak ku pinta yg menawan
tidak kuharap yg hartawan
bukan jua kerna kedudukan
cuma kudamba insan yang sepadan

Kasihnya sejati bukannya kerna paksaan
biarpun derita yg menjadi rintangan
ketulusannya yg tiada bandingan
tercipta ayu indahnya peribadi insan

Friday, 27 December 2013

ingatlah,..

☎SeANGKUH dan SeHEBAT Apapun Kita, Diatas Hamparan Sejadah jugalah Dahi Kita Bersujud,
♬SeCANTIK dan SeINDAH Apapun Rupa kita, Kain Putih Jugalah Yg Pada Akhirnya akan Membalut Tubuh Kita,
♛SeKaya dan SeBanyak Apapun Harta Kita, Tidak Akan Dapat Dibawa Jika pergi Menghadap ILAHI,
♂SeGAGAH dan SeKUAT Manapun Kita Berjalan/Berlari, Pada Akhirnya Akan Tetap Diusung Juga,
♥SeRAMAI dan SeBANYAK Apapun Teman-teman Kita, Namun Kita Akan Pergi Seorang Diri Juga 1 Hari Nanti
.♡♥♡
Istiqamah dalam setiap perbuatan,
Mulakan dengan Bismillah,
Ikhlaskan jiwa bersihkan minda,
Mohon petunjuk dari Dia,
InsyaAllah Allah aturkan jalan bahagia,
Allah tiupkan nikmat-nikmatNya
Allah izinkan kita mengecap kejayaan di dunia dan akhirat sana.

Ingat Allah selalu,
Ukir nama Allah dalam hatimu,
Pasti ketenangan yang kau ketemu


Thursday, 26 December 2013

SEMALAM punye cerita

terbanglah....huhiiii


















semalam punye cerita...kenangan demi kenangan yang tercipta...mencorakkan kebahagian sebuah kehidupan..
semester 3 bakal melabuhkan tirainya...semester 4 bakal menjelma..
masihkah ada kesempatan untuk kita mencorakkan kebahagiaan dgan warna warni kehidupan..??
masa yang menentukkan semuanya..

UNTUK KAWAN-KAWAN....
TITIPAN.....
★ღ★ Kerana aku seorang muslimah..aku bersyukur apa adanya aku..aku belajar menerima takdirNya buatku..aku disini kerana chentaNya buatku..walau dicaci dihina,aku takkan terus tunduk..

★ღ★ Aku bukan muslimah yang mudah menyerah kalah! Allahuakbar! Aku tidak kenal erti jatuh yang tidak bangun. Aku bukan muslimah yang begitu. Lembik. Lemah!

★ღ★ Aku bukan muslimah lembik yang lemah. Mengada-ngada. Tidak mampu untuk hidup berdikari dan yang hanya bergantung kepada orang lain. Aku bukan muslimah yang penakut dan pengecut! Aku bukan muslimah yang mudah kalah terhadap cabaran!

★ღ★ Aku mahu menjadi muslimah yang lembut. Yang mempunyai hati yang kuat. Yang tidak lari daripada cabaran dunia tetapi menghadapinya dengan berani. Dengan bersandarkan keyakinan Dia sentiasa di sisi, aku tidak akan takut menegakkan kebenaran. Mempunyai hati yang bisa dilentur namun tak mudah untuk dipatahkan. Aku muslimah yang mampu berpijak atas kaki sendiri.

★ღ★ Akan ku kesat air mata ini dengan semangat baru. Semangat yang lahir dari kekuatan yang dihembus-Nya. Aku tidak akan begitu mudah menurut kata nafsu. Aku muslimah yang ditarbiyah. Mampu mempertahankan maruah sendiri daripada tergadai oleh godaan duniawi. Aku ada Dia. Cukup Allah yang Maha Esa..

Tuesday, 24 December 2013

Biar pena berbicara...biar hati yang mengungkapkan kata..

Lalainya kita..bila kita selalu abaikan pencipta kita..dan terlalu leka dengan hal duniawi walaupun kita tahu ianya hanya seketika...umpama ayat ini..
kita selalu berdoa..Jika benar dia jodohku..maka permudahkanlah hubungan kami..
dengan tali pernikahan..
tapi..tak ramai daripada kita,,
berdoa..Ya Allah..sesungguhnya..
dia telah melalaikan aku daripada mengingatiMu..
Maka..
kurniakan aku kekuatan untuk melupakannya..
kerana..sesungguhnya..hanya Engkau hati dan cintaku untuk aku berserah..
 
SESIAPA YANG ADA ALLAH DIHATINYA..
DIA AKAN BERJUMPA DENGAN ORANG YANG DIHATINYA TURUT ADA ALLAH.. 
 
·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙

ingatlah..semuanya daripada ALLAH..
JODOH dan PERTEMUAN semuanya dari ALLAH..
Adakalanya, kita diberi PETUNJUK melalui mimpi..
Mimpi adalah mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan solat
Istikharah dan memohon dengan BERSUNGGUH-SUNGGUH supaya Allah memberikan petunjuk,
InsyaAllah dengan izinNya kita mendapat mimpi petunjuk..

Kadangkala petunjuk dalam bentuk RASA HATI..
Jika dia pilihanmu, buatlah KEPUTUSAN sebaiknya..
Jika tidak, TOLAKLAH dia dengan BAIK..

Seandainya dirimu TIDAK MEMILIKI sesuatu yang kamu cintai, Maka cintailah sesuatu yang kamu miliki..Jangan pinggirkan ALLAH kerana Dia yang mengurniakan rasa cinta..
ALLAHUAKBAR..DEKATKAN AKU DENGANMU..JAUHKAN AKU DARIPADA SIKAP LALAI..
 
·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙
 
Bila tubuhmu lesu dan hilang semangat, ALLAH tahu betapa kamu telah mencuba sedaya upaya..

:♥: Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan, ALLAH telah mengira setiap titis air matamu..

:♥: Bila dirimu telah terlanjur melakukan dosa, ALLAH sentiasa menunggu taubatmu..

:♥: Bila kau telah mencuba segalanya tetapi masih tak berhasil, ALLAH mengumpulkan segalanya untuk satu saat yang tak terduga..

:♥: Bila hatimu telah mengecapi kemanisan iman, ALLAH telah berada hampir padamu untuk kurniakan kejayaan hakiki..
 
·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙
KALAU lah aku tahu begitu sakitnya menyintai.
pasti tidak akan ku buka..pintu hatiku untuk dicintai oleh sesiapa..
kalau aku tahu begini penamatnya..
pasti..dari awal lagi aku tidak akan berharap..
dan..
kalau aku tahu semua itu adalah kebohongan yang diciptakan semata-mata..
sudah semestinya tidak akan kubiarkan diriku ini terpedaya..
 
·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙

Saya tahu saya TIDAK CANTIK..tapi, walaupun saya tidak cantik..saya tetap ada
KELEBIHAN :
✿~ Kerana saya tidak cantik..saya tidak jadi MANGSA gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya..
✿~ Kerana saya tidak cantik, saya dapat PELIHARA DIRI saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya..
✿~ Kerana saya tidak cantik, saya SELAMAT daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki..
✿~ Kerana saya tidak cantik, saya tidak mendapat FITNAH dan CEMBURU daripada wanita-wanita lain..
✿~ Kerana saya tidak cantik, saya TIDAK MENGHARAPKAN pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita..
Dan kerana saya tidak cantik, akhirnya saya menemui "INSAN" yang IKHLAS MENCINTAI saya seadanya..
✿~ Kerana saya tahu..saya tidak cantik pada pandangan manusia..maka saya akan BERUSAHA agar kelihatan CANIK pada PANDANGAN ALLAH..kerana bukan kecantikan dunia yang saya kejar..tetapi KECANTIKAN di AKHIRAT kelak..

>>> CANTIK itu adalah apa yang Allah kata cantik..bila Allah SWT suruh TUTUP AURAT, maka tutup aurat itulah cantik..bila Allah SWT menyuruh kita BERADAB SOPAN, maka beradab sopan itulah cantik, bila Allah SWT suruh kita menjaga MALU, maka menjaga malu itulah cantik..
INDAHNYA perancangan dari Allah
 
kekuatan yang aku ada..semuanya dari Allah..
walaupun kadang kala ianya goyah..namun..aku cuba bangkit..aku cuba teguhkan diri ini supaya aku masih menjadi diri sendri..
masih menjadi aku yang dahulu..
tinggalkan kejahilan diri..
dekatkan diri dengan agama Allah..
InsyaAllah..permudahkanlah Ya Allah..
berkati semua tindakan dan niat yang ada dalam diriku..kerana aku ingin
ke arah itu..amin...
dari Allah aku datang..dan satu hari..kembalinya aku..kepadaNya jua..
seperti biasa..kupinta padaNya..berilah aku kesempatan untuk terus mengecapi rasa cinta dari Allah..
menganugerahkan kebahagiaan kepada ibu bapaku..
dan..
melontarkan secebis kenangan kepada sahabat-sahabat yang aku kasihi...

-to be continued-


Tuesday, 10 December 2013

terjumpa satu blog yang mampu membuatkan ku termenung dan berfikir..

ketika cinta ini hadir bukan untuk Allah..Maha Pencipta..Maha Mengetahui..
izinkalah hatiku untuk bertanya..untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba..
mungkin kah dengan Redha-Nya..atau..mungkin dengan hanya akan mengundang kemurkaanNya..
jika benar cinta itu kerana Allah..
maka..
biarlah ia mengalir mengikut aliran Allah..
kerana hakikatnya..ia berhulu dari Allah..
maka..biarkan ianya berhilir juga dari Allah..

CUKUPLAH CINTAINYA DALAM DIAM..

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya, kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui
(AN-NUUR: 32)

bukan  kerana membenci kehadirannya..
tetapi menjaga kesuciannya..
bukan kerana menghindari dunia..tetapi ingin meraih syurga-Nya..
bukan juga kerana lemah untuk menghadapinya..
tetapi ingin menguatkan jiwa daripada godaan syaitan..
yang begitu halus menyelusup sanubari..

CUKUPLAH CINTAINYA DARI KEJAUHAN...
kerana hadirnya tidak akan mampu menjauhkannya daripada ujian..
kerana hadirnya akan menggoyahkan iman..
dan ketenangan..
dan mungkin juga ia akan membawa kepada kelalaian..

CUKUPLAH..CINTAINYA DENGAN KESEDERHANAAN..
memujanya akan membawa kepada penderitaan.
menumbuhkan harapan akan membawa kepada kebahagian para syaitan..

MAKA...
CINTAILAH DIA DENGAN KEIKHLASAN..
kerana tentu kisah Fatimah dan Ali bin Abi Talib diingini oleh hati..
namun.sanggup kah jika semunya berakhir seperti kisah..
Salman Al-Farisi..

PILIHAN Allah adalah terbaikk
cukuplah cintainya dalam diam dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan..
kerana tiada siapa yang tahu rencana Allah..
Biarkan Dia yang mengaturkan semuanya..sehingga satu saat..Keindahan itu akan menjadi milik kita..
INSYAALLAH..
-keep smile-



Tuesday, 3 December 2013

jumpa coretan ini..hiihh

adakalanya dalam hidup ini
kita perlu menangis agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk
bergembira & berketawa.... dan
adakalanya kita perlu ketawa
agar kita tahu menghargai
nilai setitis air mata...
kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini
kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari
·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙

sesekali kita perlu DERITA
untuk mengenal erti BAHAGIA...
sesekali kita perlu KECEWA
untuk kita kenal erti KEJAYAAN...
sesekali kita perlu MENANGIS
untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...
sesekali kita perlu TERHIRIS
untuk kita kenal DIRI SENDIRI.
 dalam jauh sebuah perjalanan,

·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙

ALLAH amanahkan sebuah perjuangan..
terimalah dengan kekuatan...
terkadang sakit yang mendatang..
terkadang teman tak sehaluan..
terkadang cemerlang tak kesampaian..
namun..
kita perlu gah di sisi ALLAH
untuk meneruskan perjuangan..
 
 ·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙
 hidup ini susah untuk diduga..
kadang-kadang kita rasa
dekat sangat dengan seseorang..
tapi sebenarnya jauh....
walaupun kita dapat capai & genggam tangannya,
tapi belum tentu hati dia dapat kita selami..
mungkin kadang-kadang
kita dapat tengok dia ketawa..
tapi kita tak tahu
apa di sebalik senyumannya...
bila dia menangis,
kita ingat kehadiran kita dapat memujuknya..
walhal kehadiran kita langsung tidak dihargai...
rencah dunia...
kita tidak tahu siapa kawan siapa lawan..
sehinggalah sampai masa kita jatuh..
adakah tangan itu menghulurkan bantuan ??
atau
kita ditinggalkan.....???