Lagu

Tuesday, 31 December 2013

:)

Dia gadis biasa.
Dia bukan gadis yang cantik.
Dia tidak sesolehah yang lain.
Dia akui dia tidak sempurna.
Dia bukan seorang Hafizah,
dan seringkali lalai dalam agama.

Dalam tangisannya,
hatinya kuat berkata :
"Hidup bukan untuk membuatkan orang suka, kerana redha Allah bukan milik manusia."

Dia mengesat perlahan pipinya.
Bangkit melangkah laju.
"Aku hanyalah gadis biasa, tidak mungkin akan sempurna. Tapi aku mahu menjadi hebat di mata Dia." :')

Sunday, 29 December 2013

terharu dengar lagu ni..tetiba teringat kat my lovely mum..

 

Apakah sebenarnya
Terbuku dikalbumu
Apakah erti linang airmata di pipimu


Ucapkanlah padaku
Tak bisa kurungkainya
Rahsia yang kau pendam itu

Aku hanya menduga
Tidak mampu merasa
Sebenar-benar perasaanmu


Pengorbanan yang kau lakukan
Untuk dewasakan ku
Pengorbanan yang kau lakukan
Untuk dewasakanku
Hanya bisa ditangguing oleh hati ibu

Namun kupercaya
Takkan terlerai kasih
Ikatan ini takkan putus


Telah kau telan lara
Dan terima segala
Dugaan dan badai yang melanda...
Duhai ibu
-keep smile-

 ♥my mum

Saturday, 28 December 2013

jodoh dan takdir



JODOH DAN TAKDIR..

Selalu aku berdoa kepada Yang Maha Esa
Moga dikurnia seorang ratu di jiwa
Tempat untuk kuluahkan segala rasa
Perasaan yg tersimpan seribu satu makna

Di kala aku keseorangan
dia penghibur dan jua peneman
hati yg sayu tidak kesepian
duka dan lara tiada keresahan

Ya Allah tidak ku pinta yg menawan
tidak kuharap yg hartawan
bukan jua kerna kedudukan
cuma kudamba insan yang sepadan

Kasihnya sejati bukannya kerna paksaan
biarpun derita yg menjadi rintangan
ketulusannya yg tiada bandingan
tercipta ayu indahnya peribadi insan

Friday, 27 December 2013

ingatlah,..

☎SeANGKUH dan SeHEBAT Apapun Kita, Diatas Hamparan Sejadah jugalah Dahi Kita Bersujud,
♬SeCANTIK dan SeINDAH Apapun Rupa kita, Kain Putih Jugalah Yg Pada Akhirnya akan Membalut Tubuh Kita,
♛SeKaya dan SeBanyak Apapun Harta Kita, Tidak Akan Dapat Dibawa Jika pergi Menghadap ILAHI,
♂SeGAGAH dan SeKUAT Manapun Kita Berjalan/Berlari, Pada Akhirnya Akan Tetap Diusung Juga,
♥SeRAMAI dan SeBANYAK Apapun Teman-teman Kita, Namun Kita Akan Pergi Seorang Diri Juga 1 Hari Nanti
.♡♥♡
Istiqamah dalam setiap perbuatan,
Mulakan dengan Bismillah,
Ikhlaskan jiwa bersihkan minda,
Mohon petunjuk dari Dia,
InsyaAllah Allah aturkan jalan bahagia,
Allah tiupkan nikmat-nikmatNya
Allah izinkan kita mengecap kejayaan di dunia dan akhirat sana.

Ingat Allah selalu,
Ukir nama Allah dalam hatimu,
Pasti ketenangan yang kau ketemu


Thursday, 26 December 2013

SEMALAM punye cerita

terbanglah....huhiiii


















semalam punye cerita...kenangan demi kenangan yang tercipta...mencorakkan kebahagian sebuah kehidupan..
semester 3 bakal melabuhkan tirainya...semester 4 bakal menjelma..
masihkah ada kesempatan untuk kita mencorakkan kebahagiaan dgan warna warni kehidupan..??
masa yang menentukkan semuanya..

UNTUK KAWAN-KAWAN....
TITIPAN.....
★ღ★ Kerana aku seorang muslimah..aku bersyukur apa adanya aku..aku belajar menerima takdirNya buatku..aku disini kerana chentaNya buatku..walau dicaci dihina,aku takkan terus tunduk..

★ღ★ Aku bukan muslimah yang mudah menyerah kalah! Allahuakbar! Aku tidak kenal erti jatuh yang tidak bangun. Aku bukan muslimah yang begitu. Lembik. Lemah!

★ღ★ Aku bukan muslimah lembik yang lemah. Mengada-ngada. Tidak mampu untuk hidup berdikari dan yang hanya bergantung kepada orang lain. Aku bukan muslimah yang penakut dan pengecut! Aku bukan muslimah yang mudah kalah terhadap cabaran!

★ღ★ Aku mahu menjadi muslimah yang lembut. Yang mempunyai hati yang kuat. Yang tidak lari daripada cabaran dunia tetapi menghadapinya dengan berani. Dengan bersandarkan keyakinan Dia sentiasa di sisi, aku tidak akan takut menegakkan kebenaran. Mempunyai hati yang bisa dilentur namun tak mudah untuk dipatahkan. Aku muslimah yang mampu berpijak atas kaki sendiri.

★ღ★ Akan ku kesat air mata ini dengan semangat baru. Semangat yang lahir dari kekuatan yang dihembus-Nya. Aku tidak akan begitu mudah menurut kata nafsu. Aku muslimah yang ditarbiyah. Mampu mempertahankan maruah sendiri daripada tergadai oleh godaan duniawi. Aku ada Dia. Cukup Allah yang Maha Esa..

Tuesday, 24 December 2013

Biar pena berbicara...biar hati yang mengungkapkan kata..

Lalainya kita..bila kita selalu abaikan pencipta kita..dan terlalu leka dengan hal duniawi walaupun kita tahu ianya hanya seketika...umpama ayat ini..
kita selalu berdoa..Jika benar dia jodohku..maka permudahkanlah hubungan kami..
dengan tali pernikahan..
tapi..tak ramai daripada kita,,
berdoa..Ya Allah..sesungguhnya..
dia telah melalaikan aku daripada mengingatiMu..
Maka..
kurniakan aku kekuatan untuk melupakannya..
kerana..sesungguhnya..hanya Engkau hati dan cintaku untuk aku berserah..
 
SESIAPA YANG ADA ALLAH DIHATINYA..
DIA AKAN BERJUMPA DENGAN ORANG YANG DIHATINYA TURUT ADA ALLAH.. 
 
·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙

ingatlah..semuanya daripada ALLAH..
JODOH dan PERTEMUAN semuanya dari ALLAH..
Adakalanya, kita diberi PETUNJUK melalui mimpi..
Mimpi adalah mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan solat
Istikharah dan memohon dengan BERSUNGGUH-SUNGGUH supaya Allah memberikan petunjuk,
InsyaAllah dengan izinNya kita mendapat mimpi petunjuk..

Kadangkala petunjuk dalam bentuk RASA HATI..
Jika dia pilihanmu, buatlah KEPUTUSAN sebaiknya..
Jika tidak, TOLAKLAH dia dengan BAIK..

Seandainya dirimu TIDAK MEMILIKI sesuatu yang kamu cintai, Maka cintailah sesuatu yang kamu miliki..Jangan pinggirkan ALLAH kerana Dia yang mengurniakan rasa cinta..
ALLAHUAKBAR..DEKATKAN AKU DENGANMU..JAUHKAN AKU DARIPADA SIKAP LALAI..
 
·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙
 
Bila tubuhmu lesu dan hilang semangat, ALLAH tahu betapa kamu telah mencuba sedaya upaya..

:♥: Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan, ALLAH telah mengira setiap titis air matamu..

:♥: Bila dirimu telah terlanjur melakukan dosa, ALLAH sentiasa menunggu taubatmu..

:♥: Bila kau telah mencuba segalanya tetapi masih tak berhasil, ALLAH mengumpulkan segalanya untuk satu saat yang tak terduga..

:♥: Bila hatimu telah mengecapi kemanisan iman, ALLAH telah berada hampir padamu untuk kurniakan kejayaan hakiki..
 
·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙
KALAU lah aku tahu begitu sakitnya menyintai.
pasti tidak akan ku buka..pintu hatiku untuk dicintai oleh sesiapa..
kalau aku tahu begini penamatnya..
pasti..dari awal lagi aku tidak akan berharap..
dan..
kalau aku tahu semua itu adalah kebohongan yang diciptakan semata-mata..
sudah semestinya tidak akan kubiarkan diriku ini terpedaya..
 
·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙

Saya tahu saya TIDAK CANTIK..tapi, walaupun saya tidak cantik..saya tetap ada
KELEBIHAN :
✿~ Kerana saya tidak cantik..saya tidak jadi MANGSA gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya..
✿~ Kerana saya tidak cantik, saya dapat PELIHARA DIRI saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya..
✿~ Kerana saya tidak cantik, saya SELAMAT daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki..
✿~ Kerana saya tidak cantik, saya tidak mendapat FITNAH dan CEMBURU daripada wanita-wanita lain..
✿~ Kerana saya tidak cantik, saya TIDAK MENGHARAPKAN pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita..
Dan kerana saya tidak cantik, akhirnya saya menemui "INSAN" yang IKHLAS MENCINTAI saya seadanya..
✿~ Kerana saya tahu..saya tidak cantik pada pandangan manusia..maka saya akan BERUSAHA agar kelihatan CANIK pada PANDANGAN ALLAH..kerana bukan kecantikan dunia yang saya kejar..tetapi KECANTIKAN di AKHIRAT kelak..

>>> CANTIK itu adalah apa yang Allah kata cantik..bila Allah SWT suruh TUTUP AURAT, maka tutup aurat itulah cantik..bila Allah SWT menyuruh kita BERADAB SOPAN, maka beradab sopan itulah cantik, bila Allah SWT suruh kita menjaga MALU, maka menjaga malu itulah cantik..
INDAHNYA perancangan dari Allah
 
kekuatan yang aku ada..semuanya dari Allah..
walaupun kadang kala ianya goyah..namun..aku cuba bangkit..aku cuba teguhkan diri ini supaya aku masih menjadi diri sendri..
masih menjadi aku yang dahulu..
tinggalkan kejahilan diri..
dekatkan diri dengan agama Allah..
InsyaAllah..permudahkanlah Ya Allah..
berkati semua tindakan dan niat yang ada dalam diriku..kerana aku ingin
ke arah itu..amin...
dari Allah aku datang..dan satu hari..kembalinya aku..kepadaNya jua..
seperti biasa..kupinta padaNya..berilah aku kesempatan untuk terus mengecapi rasa cinta dari Allah..
menganugerahkan kebahagiaan kepada ibu bapaku..
dan..
melontarkan secebis kenangan kepada sahabat-sahabat yang aku kasihi...

-to be continued-


Tuesday, 10 December 2013

terjumpa satu blog yang mampu membuatkan ku termenung dan berfikir..

ketika cinta ini hadir bukan untuk Allah..Maha Pencipta..Maha Mengetahui..
izinkalah hatiku untuk bertanya..untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba..
mungkin kah dengan Redha-Nya..atau..mungkin dengan hanya akan mengundang kemurkaanNya..
jika benar cinta itu kerana Allah..
maka..
biarlah ia mengalir mengikut aliran Allah..
kerana hakikatnya..ia berhulu dari Allah..
maka..biarkan ianya berhilir juga dari Allah..

CUKUPLAH CINTAINYA DALAM DIAM..

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya, kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui
(AN-NUUR: 32)

bukan  kerana membenci kehadirannya..
tetapi menjaga kesuciannya..
bukan kerana menghindari dunia..tetapi ingin meraih syurga-Nya..
bukan juga kerana lemah untuk menghadapinya..
tetapi ingin menguatkan jiwa daripada godaan syaitan..
yang begitu halus menyelusup sanubari..

CUKUPLAH CINTAINYA DARI KEJAUHAN...
kerana hadirnya tidak akan mampu menjauhkannya daripada ujian..
kerana hadirnya akan menggoyahkan iman..
dan ketenangan..
dan mungkin juga ia akan membawa kepada kelalaian..

CUKUPLAH..CINTAINYA DENGAN KESEDERHANAAN..
memujanya akan membawa kepada penderitaan.
menumbuhkan harapan akan membawa kepada kebahagian para syaitan..

MAKA...
CINTAILAH DIA DENGAN KEIKHLASAN..
kerana tentu kisah Fatimah dan Ali bin Abi Talib diingini oleh hati..
namun.sanggup kah jika semunya berakhir seperti kisah..
Salman Al-Farisi..

PILIHAN Allah adalah terbaikk
cukuplah cintainya dalam diam dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan..
kerana tiada siapa yang tahu rencana Allah..
Biarkan Dia yang mengaturkan semuanya..sehingga satu saat..Keindahan itu akan menjadi milik kita..
INSYAALLAH..
-keep smile-



Tuesday, 3 December 2013

jumpa coretan ini..hiihh

adakalanya dalam hidup ini
kita perlu menangis agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk
bergembira & berketawa.... dan
adakalanya kita perlu ketawa
agar kita tahu menghargai
nilai setitis air mata...
kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini
kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari
·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙

sesekali kita perlu DERITA
untuk mengenal erti BAHAGIA...
sesekali kita perlu KECEWA
untuk kita kenal erti KEJAYAAN...
sesekali kita perlu MENANGIS
untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...
sesekali kita perlu TERHIRIS
untuk kita kenal DIRI SENDIRI.
 dalam jauh sebuah perjalanan,

·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙

ALLAH amanahkan sebuah perjuangan..
terimalah dengan kekuatan...
terkadang sakit yang mendatang..
terkadang teman tak sehaluan..
terkadang cemerlang tak kesampaian..
namun..
kita perlu gah di sisi ALLAH
untuk meneruskan perjuangan..
 
 ·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙
 hidup ini susah untuk diduga..
kadang-kadang kita rasa
dekat sangat dengan seseorang..
tapi sebenarnya jauh....
walaupun kita dapat capai & genggam tangannya,
tapi belum tentu hati dia dapat kita selami..
mungkin kadang-kadang
kita dapat tengok dia ketawa..
tapi kita tak tahu
apa di sebalik senyumannya...
bila dia menangis,
kita ingat kehadiran kita dapat memujuknya..
walhal kehadiran kita langsung tidak dihargai...
rencah dunia...
kita tidak tahu siapa kawan siapa lawan..
sehinggalah sampai masa kita jatuh..
adakah tangan itu menghulurkan bantuan ??
atau
kita ditinggalkan.....???

Friday, 29 November 2013

meniti perjalanan...



Kini Ku Sendirian Meniti Perjalanan
Jiwaku Kehausan Rindukan Pertemuan... Pertemuan...
Setelah kau Ku Tinggalkan
Ku Diburu Sesalan
Dosa Dosa Yang Silam Ku Mohon Keampunan... Keampunan

Ingin Menyusur Kembali
Jalan Yang Kita Lewati
Ingin Daku Ulangi
Bersamamu Kasih

Namun Sayangnya Hatimu Terkunci
Tiada Ruang Lagi Untukku Memberi
Sayangnya Kehadiran Ini
Inginnya Sekali Tak Lagi Bererti
Tak Seindah Mimpi

 Ingin Ku Sendirian
Meniti Perjalanan
Ku Dakapi Kenangan
Di Dalam Kesyahduan.. Kesyahduan...

Sunday, 24 November 2013

air mata menitis jua..

menitis air mata..mesej dengan along..sayang kat kow long..rindu nak kembali seperti dlu..rindu saat2 kita membesar bersama..namun,,,semua itu semakin hilang..semenjak peristiwa itu berlaku..semenjak peristiwa itu...ramai yang berduka..ramai yang menitiskan air mata..termasuk aku..dalam doa ku..sering aku titipkan doa untukmu...perasaan yang hanya ALLAH yang tahu..menangis dalam ketawa..ada orang tahu ke?? sayang kat ma,,kat abh..kat along..kat acik..kat uda..kat adik ira,..sayang korang semua..baik buruk pun korang..tetap aku sayang korang...tak mampu ku ucap dengan kata-kata..tapi...harapan aku..aku mahu seperti dlu..aku mahu gelak ketawa seperti dlu ..
jam sekarang kul 0239 pagi..mata still tak dapat lelapkan mata..banyak perkara membelenggu diri..terlalu penat untuk hadapinya..tapi..sebab ma..sebab abah..aku mampu kuatkan kaki untuk terus melangkah..sebab ma gan abah juga aku masih mampu jadi diri sendri..ingat pesan mereka..ingat matlamat kita..ingat prinsip hidup kita...satu hari...nanti..aku akan balas jasa ma..jasa abah...sayangkan along..bantu along..bantu adik2..
*korang tetap dalam hati aku...walau ape yang terjadi sekalipun..walau apa jua kutukan yang kita terima..aku stay dengan korang..

Hidup ini adalah suatu perjalanan, perjalanan pula terdapat pelbagai ujian... Setiap ujian itu tersirat hikmatnya... setiap hikmat menjadi anak kunci keinsanan.
lakaran pena yang mampu ku ukir..lakaran senyuman seindah pelangi masih mampu aku lontarkan..
kesabaranku masih lagi berputik dalam diri..
tangisan ku masih lagi aku simpan dari tatapan insan lain..
menitisnya air mata tatkala aku keseorangan..
andai waktu untuk aku masih ada..
aku mahu..
sebuah kebahagian ..
aku mahu secebis kasih sayang..
aku mahu seperti dlu dari kalian....
*andai Allah ambil nyawaku..aku harap..ketika itu aku sudah mampu memberi kebahagian untuk parents aku..untuk keluarga aku..kerana aku sayang mereka..
................to be continue....InsyaAllah...

Friday, 1 November 2013

cuti midsem dah bermula..

semua dah beransur balik..tinggal aku je la..tiket bas kul 10.30 malam ni..huhuhu..asal nak balik je mesti sedih...time jauh gan kawan2 telah terasa sayunye hidup..macam mana kalau time masing2 dah grad nnti??...saat perpisahan yang akan terjadi pada suatu hari nanti yang mana akan semua alaminya..setelah bertungkus lumus add subjek semalam,,macam2 ragam boleh dilihat..walaupun stress..tapi rasa happy tu tetap ada..hihihi..nnti akan ada sekelumit rasa rindu pada saat-saat kita bersama nanti..semoga ukhwah yang terjalin ada awal tapi tiada hujungnya...
semua akan berlalu seiring berjalannya waktu..
yg bersedih sekarang akan mampu untuk tersenyum bila sampai waktunya nanti..
hitam putih kehidupan...semuanya ada hikmahnya..cuma,,bisiklah pada hati bersabarlah..
janji-Nya itu pasti..

·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙
JODOH dan PERTEMUAN semuanya dari Allah..
adakalanya kita diberi PETUNJUK melalui mimpi..
mimpi adalah mainan tidur tetapi apabila kita melakukan solat sunat istikharah..
dan memohon dengan bersungguh-sungguh supaya Allah memberikan petunjuk..
InsyaAllah dengan izin-Nya kita kita akan dapat mimpi petunjuk..
kadangkala petunjuk akan hadir dalam bentuk RASA HATI..
Jika dia pilihanmu,buatlah keputusan dengan sebaiknya..
jika tidak..tolaklah dia dengan baik..
seandainya dirimu tidak memiliki sesuatu yang kamu cintai..
maka cintailah sesuatu yang kamu miliki...
*jangan pinggirkan Allah kerana Dialah yang mengurniakan rasa cinta..

•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙
ketika Allah sedang membiarkanku kecewa terhadap seseorang..
aku tahu..Allah sedang mengajar aku bahawa satu-satunya yang boleh aku percayai hanyalah Dia..(Allah)
Ya Allah...
berilah aku keikhlasan & kekuatan untuk menerima dan menjalani apa yang sedang ENGKAU ajarkan untuku..
jadikanlah aku peribadi yang SABAR dan TEGUH dalam mencari bekalan untuk aku menghada-Mu pada satu hari nanti..
amin.............


dengan kawan baik..hihihi..
gmbar edited ..tu yg nmpak bersih murni je muka tu..
hahaa
kalau kat luar...tkde mknay nak bersih cmtu...





Monday, 28 October 2013

Ya Allah...jauhkan aku dari ada perasaan itu lagi...aku dah serik...

perempuan..walau sekental mana, penyabar orangnya..
senyuman manis di bibirnya..
hati mereka tetap sama..
lemah dan rapuh..
wanita & air mata bagaikan satu jiwa...

bila perancangan kita tidak menjadi seperti apa yang kita harapkan..
senyumlah..dan ingatlah...
manusia merancang dengan cita-cita..
tapi Allah merancang dengan CINTA..

DI saat tiada seorang pun yang faham isi hatimu..
di saat tiada seorang pun yang mampu menghilangkan gelisah di jiwamu..
di saat bibirmu tidak mampu untuk mengeluarkan kata-kata..
maka...berbicaralah dalam sujudmu..
berceritalah padaNya..ALLAH Maha Esa..menjadi pendengar yang setia..

Lupakanlah Orang yang Telah menyakitimu
Lupakanlah orang yang telah mengecewakanmu
Lupakanlah Orang yang telah membohongimu
Lupakanlah orang yang telah Membuatmu bersedih
Lupakanlah orang yang telah membuatmu menangis
Lupakanlah orang yang telah mendzolimi dirimu
Lupakanlah orang yang telah mengkhianatimu

LUPAKANLAH..
Lupakanlah dan Ma'afkanlah.. Semua kesalahannya..

Hapuslah segala air matamu
Hapuslah segala kesedihanmu
Hapuslah segala kekecewaanmu

MA'AFKANLAH SEMUA KESALAHANNYA..

Tersenyumlah.. Karena akan ada Saatnya seseorang yang akan menggantikan
kesedihamu dengan kebahagiaan
Tangisanmu dengan senyuman
Kekecwaanmu dengan ketenangan

Percayalah..!!
BAHWA ALLAH TELAH MENYIAPKAN YANG TERBAIK UNTUKMU

aku berserah semuanya kepada Dia..Pencipta Alam Semesta..yang mengatur setiap langkah perjalananku..Andai satu hari Dia ingin mengambil nyawaku..satu yang aku pinta...berilah aku sekelumit waktu untuk aku mengembirakan hati kedua ibu bapaku..