Lagu

Thursday, 9 January 2014

jom..nk share something..~✿.~✿.~✿. tajuknye: kenali personaliti melalui tarikh lahir and warna..interesting gak ni..



2 Disember hingga 11 Januari – Oren
12 Januari hingga 24 Januari – Kuning
25 Januari hingga 3 Februari – Merah Jambu
4 Februari hingga 8 Februari – Biru
9 Februari hingga 18 Februari – Hijau
19 Februari hingga 28 Februari – Perang
1 Mac hingga 10 Mac – Aqua (Biru Kehijauan)
11 Mac hingga 20 Mac – Lime
21 Mac – Hitam
22 Mac hingga 31 Mac – Ungu

1 April hingga 10 April – Biru Laut
11 April hingga 20 April – Perak
21 April hingga 30 April – Putih
1 Mei hingga 14 Mei – Biru
15 Mei hingga 24 Mei – Emas
25 Mei hingga 3 Jun – Krim
4 Jun hingga 13 Jun – Kelabu
14 Jun hingga 23 Jun – Maroon
24 Jun – Kelabu
25 Jun hingga 4 Julai – Merah
5 Julai hingga 14 Julai – Oren
15 Julai hingga 25 Julai – Kuning
26 Julai hingga 4 Ogos – Merah Jambu
5 Ogos hingga 13 Ogos – Biru Laut
14 Ogos hingga 23 Ogos – Hijau
24 Ogos hingga 2 September – Aqua (Biru Kehijauan)

3 September hingga 22 September – Lime
23 September – Olive
24 September hingga 3 Oktober – Ungu
4 Oktober hingga 13 Oktober – Biru
14 Oktober hingga 23 Oktober – Perak
24 Oktober hingga 11 November – Putih
12 November hingga 21 November – Emas
22 November hingga 1 Disember – Krim
2 Disember hingga 11 Disember – Kelabu
12 Disember hingga 21 Disember – Maroon
22 Disember – Teal Merah (Kayu)

MERAH
Selalunya mereka yang mewakili warna merah yang garang ini seorang yang comel dan disayangi ramai. Anda juga suka disayangi dan menyayangi. Anda juga sentiasa ceria dan gembira namun kadangkala dilanda ‘angin satu bandan’! Taman/kekasih yang diingini ialah mereka yang mudah diajak berbincang dan boleh membuatkan dirinya rasa selesa bila berdampingan dengan meraka.

KRIM
Ha! Anda ini seorang yang suka bersaing dalam apa juga bidang yang kamu ceburi dan ingin berjaya. Tapi persaingan secara sihatlah. Anda juga bersikap suka mendorong orang lain untuk mencapai apa yang diidamkan. Namun anda cukup takut akan ‘kehilangan’ sama ada teman ataupun kekasih! Selain itu, sudah tentunya anda seorang ceria selalu! Sebagai seorang kawan anda boleh dipercayai 100% dan setia pada janji. Dari segi percintaan, anda amat berhati-hati dalam menjalinkan hubungan cinta dan tak mudah jatuh cinta hingga anda rasakan menemui seseorang yang benar-benar anda cintai! Ketika itu, anda tak perlukan masa yang lama untuk melafazkan sayang!

TEAL MERAH (WARNA KAYU)
Bukan main lagi anda ni yek! Tak kira lelaki taupun perempuan, tentu menitikberatkan soal kecantikan dan penampilan fizikal diri anda. Anda sering melakukan kesilapan dalam membuat keputusan lantaran sikap anda yang suka sangat ambil mudah terhadap sesuatu masalah. Manakala dalam memilih pasangan, anda bercitarasa cukup tinggi. Anda tak akan pilih yang sebarangan saja! Anda juga suka memerintah dan gemar orang lain menurut perintah anda. Walau bagaimanapun, sikap anda yang peramah membuatkan diri anda punyai ramai teman.
MERAH JAMBU
Anda akan berusaha sedaya mungkin untuk membuat yang terbaik dalam apa juga yang anda lakukan serta suka menolong orang lain dan mengambil tahu tentang orang-orang di sekelilignya. Namun anda sukar untuk dipenuhi keinginannya dan sering saja berprasangka buruk terhadap orang lain. Dari segi percintaan anda mengimpikan percintaan yang penuh dengan keindahan semata.

HIJAU
Salah satu kelebihan yang anda miliki ialah cukup pandai menyesuaikan diri dengan orang yang baru dikenali. Mungkin kerana sikap anda yang tidak begitu pemalu, namun dalam tidak sedar anda boleh membuatkan orang lain kecil hati dengan kata-kata anda saja! Anda juga ingin diri anda disayangi dan diberi perhatian penuh oleh kekasih hati. Namun selalunya mereka ini lebih rela maintain single hingga berjumpa dengan jejaka/gadis yang benar-benar sesuai untuk dirinya!

EMAS
Anda seorang yang tahu apa yang anda lakukan, yang mana betul dan silapnya. Anda juga seorang yang mudah bergaul dengan sesiapa saja dan setia serta tak suka bersedih biarpun pelbagai masalah yang menimpa. Dalam soal percintaan, anda sukar berjumpa dengan orang yang benar-benar anda sukai tapi sekali anda menemuinya pasti tidak akan anda lepaskan begitu saja. Bila sekali gagal, sukar untuk anda jatuh cinta lagi untuk kali yang seterusnya dalam tempoh yang lama.

KUNING
Anda seorang yang manis, tenang dan sopan. Sebab itulah anda dipercayai oleh orang-orang yang ada disekeliling anda. Selain itu, anda juga lebih suka menguasai dalam sesebuah perhubungan termasuklah soal cinta. Kembang semangkuk hidung bila tiap kehendak anda dituruti oleh si dia! Anda juga mampu membuat keputusan yang tepat kerana fikiran anda yang jauh ke depan. Anda ni jiwang karat juga orangnya. Sentiasa saja berminat hal-hal yang romantik bersama si dia. Alahai!

MAROON
Bagi anda yang mewakili warna maroon ini, anda digambarkan seorang yang bijak dan tahu apa yang terbaik untuk diri anda. Namun anda juga suka melakukan sesuatu itu menurut kehendak dan pendapat anda sendiri tanpa pedulikan perasaan atau pendapat orang lain. Itulah yang menjadi masalahnya! Dari segi percintaan, anda cukup sabar dan tidak terburu-buru untuk menjalinkan percintaan. Anda juga terkenal dengan sikap setia anda dalam perhubungan!
 
OREN
Syabas! Anda ini jenis orang yang berani menanggung segala risiko atas tiap-tiap perbuatan yang anda lakukan. Baguslah macam tu. Kata orang, berani buat beranilah tanggung. Anda juga bijak mengambil hati orang-orang disekeliling anda dan ini membuatkan diri anda disenangi ramai. Anda punya matlamat tersendiri dalam hidup yang menjadi target kamu selama ini dan sanggup bersaing untuk berjaya. Menyentuh soal perhubungan, anda sebenarnya seorang yang sukar untuk mempercayai orang lain tapi bila kepercayaan itu wujud, selamanya anda akan percayakan dia! Begitu juga dalam perhubungan cinta. Bagi anda, saling percaya itu amat penting!
UNGU
Amboi! Anda ini gadis/jejaka misteri rupanya. Tak ramai orang yang dapat mendekati diri anda kecuali orang yang benar-benar kamu percayai. Anda juga mempunyai daya penarik yang sukar dicari pada orang lain. Walaupun begitu, anda tak pernah pentingkan diri sendiri dan agak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang baru bagi anda. Mood memainkan peranan penting mempengaruhi kehidupan anda seharian. Jika anda rasa gembira, sudah tentunya hari itu menjadi hari yang paling ceria bagi diri anda dan begitu juga sebaliknya. Dalam menjalinkan percintaan, anda lebih cenderung untuk memilih mereka yang punyai kedudukan dan agak stabil kewangan mereka. Namun anda pandai menawan hati orang lain, tak rugi jika dapat mengenali diri anda lebih dekat lagi.

LIME (WARNA BUAH LIMAU)
Sifat anda yang tenang saja sepanjang masa amat dikagumi ramai. Tapi jangan tak tahu, kamu juga mudah rasa tertekan bila dilanda masalah. Selain itu, kamu boleh dikatakan agak cerewek juga kerana perkara-perkara kecil pun kamu amat prihatin! Pun begitu, kamu punya personality tersendiri yang membuat orang ramai menyukai diri kamu. Amboi! Kamu ini rupanya seorang kekasih yang kuat cemburu yek?

PERAK
Ternyata anda ini seorang yang berimaginasi tinggi dan tak hairanlah anda turut berbakat balam bidang yang berkaitan dengan seni. Walau bagaimanapun anda sebenarnya punya sifat pemalu yang agak menebal juga! Namun sikap anda yang suka mencuba sesuatu yang baru mampu menstabilkan keadaan, bukan apa anda suka mencabar diri anda sendiri untuk melihat sejauh mana kebolehan diri. Dari segi perhubungan cinta, anda lebih suka bersikap ‘hard to get’ untuk menduga keikhlasan hati si dia. Namun hubungan cinta anda seringkali dilanda kekeliruan dan tak begitu stabil. Tapi usah bimbang, anda akan menemui cinta sejati juga suatu hari nanti.
HITAM
Anda gemar kehidupan yang mencabar dan punya keberanian untuk melakukan apa saja. Sebab itulah, usah ada sesiapa yang cuba mencabar anda kerana anda ni akan pantang dicabar. Tapi anda tak begitu gemarkan perubahan mendadak dalam hidup anda. Namun sekali anda membuat keputusan, ia sukar untuk diubah oleh orang lain. Kisah cinta anda juga begitu mencabar dan perlukan banyak kesabaran jika inginkan perhubungan itu berkekalan. Belajarlah untuk bertolak ansur sikit!

OLIVE (WARNA BUAH ZAITON)
Bagi anda yang mewakili warna ini dikatakan seorang yang baik hati dan suka menolong orang lain. Sebab itu juga anda tak sukakan keganasan. Anda juga bijak menyesuaikan diri dengan teman-teman hingga membuatkan anda menjadi ‘favourite’ di kalangan mereka. Sememangnya anda seorang yang baik hati dan sentiasa ceria. Namun ingat, jangan terlalu percayakan orang lain membabi buta. Dalam soal cinta, anda cukup menenangkan hati si dia dan tak suka cari pasal!

PERANG
Anda seorang yang sukup aktif dan tak suka duduk diam saja. Pelbagai aktiviti yang dilakukan bagi memenuhi masa lapang. Sebagai seorang teman, anda sentiasa menyokong tindakan positif teman-teman yang lain. Pun begitu, anda sukar untuk didekati dan agak sombong jika tak boleh sesuaikan diri dengan seseorang. Dalam soal cinta, anda mudah jatuh cinta. Tapi bila anda sedar cinta kamu itu tidak berbalas, anda cepat putus asa dan mengalah dengan mudah. Macam tu pulak? Seharusnya anda perlu kikis sikap itu dan cuba berusaha untuk mengambil hati si dia. Mungki ‘rezeki’ anda untuk memilikinya nanti?

KELABU
Kebanyakkan meraka yang diwakili oleh warna kelabu ini sangat menarik orangnya dan aktif. Anda juga ingin diri anda dikenali orang ramai dan menjadi kepantangan Anda pula sekiranya tidak dilayan dengan adil oleh seiapa saja!  juga seorang yang tidak gemar menyimpan apa juga perasaan di dalam hati dan lebih suka meluahkannya. Sesekali Anda boleh bersikap pentingkan diri sendiri. Namun Anda amat pandai menawan hati orang lain apatah lagi dengan sikap humor yang Anda miliki itu.

BIRU
Ternyata anda seorang yang punya keyakinan diri yang rendah dan terlalu pemilih sangat. Tak bolehlah macam tu. Itu adalah sikap negatif yang harus anda ubah kerana mendatangkan kerugian pada diri anda sendiri. Selain itu, anda juga cenderung ke arah kesenian dan sememangnya anda berbakat dalam bidang itu hingga mempu menjadikan kerjaya berkaitan dengan seni sebagai kerjaya tetap. Soal cinta pula, anda mudah sangat jatuh cinta tapi seringkali juga putus cinta. Mana taknya, orang lain bercinta anda pun hendak bercinta. Tapi anda bukan benar-benar menyintai si dia setulus hati. Silap sendirilahkan? Kalau anda mahukan hubungan itu berpanjangan, anda harus bersikap lebih serius dan ikhlas.

BIRU LAUT
Anda mencintai diri dan kehidupan anda sendiri melebihi segala-galanya. Bagi anda, jika anda tak sayangkan diri sendiri anda siapa lagi? Anda juga seorang yang berpersonaliti menarik hingga sering menjadi perhatian ramai. Selain itu, anda juga berpandangan jauh untuk masa depan. Tapi berhati-hati dengan sikap pemarah anda tu. Sekali anda marah pada seseorang, sukar anda nak melupakannya. Jadi, belajarlah memaafkan orang lain. Sebab itu juga kamu sering bertengkar dengan si dia. Mana taknya, anda ego sangat nak memaafkan orang lain sedangkan anda sendiripun ada melakukan kesilapan!

PUTIH
Anda punya matlamat yang jelas dalam hidup dan berusaha keras untuk mengapatkannya. Orang lain juga sering memberikan penghargaan tinggi terhadap anda memandangkan anda agak berkebolehan dalam pelajaran/kerjaya. Walau bagaimanapun, anda ini kuat cemburu orangnya dan kadangkala sukar nak bekerjasama dengan orang lain. Perhubungan cinta anda juga sering tegang dek kerana sikap cemburu anda terhadap si dia. Cemburu itu memang tanda sayang tapi kalau dah melampau tu, cemburu buta namanya!

(AQUA) BIRU KEHIJAUAN
Mak oi! Angin satu badan anda ni rupanya. Senang sangat mood anda berubah secara tiba-tiba hingga kedangkala buat orang lain bosan. Mungkin sebab itu juga membuat anda kadangkala lebih suka menyendiri melayan perasaan tapi anda suka melancong untuk meluaskan pengalaman. Anda juga seorang yang jujur dan mudah percaya kepada orang lain. Dari segi percintaan, anda sukar menemui cinta sejati dan sikap terlalu mudah percaya pada orang lain membuatkan anda sering tertipu serta gagal dalam bercinta …! Oleh itu, percaya boleh, tapi jangan membuta tuli, kelak memakan diri.

~untuk suka-suki je~
hihihi...
hope enjoy..





No comments:

Post a Comment