Lagu

Wednesday, 31 December 2014

Selamat datang 2015

Selamat datang 2015... Selamat tinggal 2014... Tahun yang sangat hebat..sangat bnyak sayonara yang ditempuhi..tahun yang banyak mengajar erti kehidupan..erti persahabatan..erti sebuah kesabaran...dan juga erti keikhlasan...Alhamdulillah..namun..penamatnya masih belum ditemui titiknya melainkan sebuah kematian yang akan menemukan titik penamatnya..aku yg dulu tak sama dengan yg kini..kalau dulu..jiwanya lemah..kalau dlu...goyahnye aku...kalau dulu..air mata umpama hujan dlm hidup..namun kini..semakin jauh melangkah dan menyelusuri perjalanan kehidupan..semakin bnyk liku2 yang dilalui..semakin menjadikan diri ini matang dalam menepis ujian2 yg dtg dri manusia..nak kata kuat sgt..tak..sbb aku pun insan biasa..tapi..Allah anugerahkan kekuatan utk menutup kedukaan dlm diri melalui senyuman...melalui gelak tawa..melalui kata2.. Tempat mngadu di mana?? Hanya Dia..Ya Allah..nape aku yg di uji..Ya RAhman...letihnya...Ya Rahim...di mana silap aku..hidup manusia tak lari dri mengeluh..bgitu jua diri ini....namun..satu kenikmatan yg Allah anugerahkan utk aku tahun 2014 mmbuatkan aku kuat ...apa???.. Sahabat2 yg menjadi pendokong n benteng utk aku kekal di sini..kekal seperti ini..Alhamdulillah...jmpa kalian...yg bnyak memimpin diri ini yang kerdil dlm agama....yg masih mencari arah tuju hidup...semoga Allah membalas jasa kalian..terima kasih...
Semoga 2015.. Membawa lbih bnyak sinar kebahagiaan dlm hidup..semoga Allah bangkitkan kembali jiwa yang kosong ini ke arah jalanNya...dan juga moga..dapat jodoh yang beriman dengan agama Allah..hihi..sempat lg nohh..hihi..amin.....

Sunday, 23 November 2014

setiap hari itu adalah warna-warna dalam kehidupan...

kita merancang dengan cita-cita..
tapi Allah merancang dengan CINTA...
ALLAHUAKBAR..
sesungguhnya perancangan dariMu adalah sebaik-baik ketentuan...

detik demi detik..
saat demi saat..
waktu bergerak dengan pantas..
kadang-kadang tak terjangkau oleh waktu pengiraan kita, sebagai manusia..
titik hujung sebuah kehidupan akan ditemui..bila??
hanya Dia yg tahu..
sudah bersediakah kita??
sebanyak mana amalan kita?
iman yang senipis kulit bawang ini kadang kala goyah dengan godaan musuh utama..iaitu Syaitan dan nafsu..
syabas semua...Alhamdulillah..sekali lagi Allah beri peluang untuk kita belajar dari individu yang kehidupannya sangat mencabar berbanding kita..
pesanan untuk aku: walaupun seseorang itu mempunyai kisah silam...janganlah kita ungkit kembali sejarah kehidupannya itu kerana dia sendiri pun berusaha kuat untuk melupakannya...

*Serendah*
tidak sama dengan Tunas Bakti..
persekitaran yang sangat berbeza..
membuatkan aku termenung dan terus termenung...
sekali orang melakukan kesilapan dalam hidupnya, siapa kita untuk menghukum mereka?
jangan jadikan mereka sampah masyarakat sehingga sampai titik penamat sebuah kehidupan...
kerana..
mereka juga inginkan kasih sayang..
inginkan perhatian...
wahai ibu ayah..wahai akak..wahai abang...wahai adik...wahai along...wahai angah...wahai acik..wahai uda...
jangalah lakukan mereka seperti mereka takde perasaan...
jenguklah mereka...
mereka rindukan kasih sayang kamu-kamu semua...
di mana kamu saat mereka perlukan tangan kamu untuk menumpang kekuatan...
jangan biarkan mereka terkapai-kapai keseorangan dalam mengharungi bahtera kehidupan yang mencabar ini..kerana...mereka masih belum kuat untuk itu...
:'(

Sunday, 9 November 2014

SKIRT vs JEANS..

Alhamdulillah..i get it..
learning new things this night,,

SEDIKIT PETIKAN KATA-KATA DALAM video yang durationnya kira-kira 20 minit ini..
tak rugi habiskan masa 20 minit untuk melihatnya..

cinta..
fitrahnya suci...
sesuci embunan mentari pagi..
cinta kurniaan Illahi memberi inspirasi
buat insan kerdil ini..
untuk mengorak langkah menuju ke destinasi yang pasti..
cinta kepada Allah,..cinta hakiki..
cinta kepada ibu bapa, bahagia sanubari..
cinta kepada teman menggamit seluruh memori..


kini kita berbicara tentang hati..
raja kepada jasmani yang memerintah..
akal fikiran..
jika baik hati ini..maka baiklah seluruh jasad..
jika...
ia penuh dengan lumpur noda...
maka lumpuhlah jiwa..
hati........sifatnya berbolak balik..
mudah berubah bila dijentik,...
inikan pula hati insan biasa,..
imannya menampar hati..
dia terus tersedar..lantas beristighfar..
kepada Tuhan..
ASTAGHFIRULLAH hal azim...
iman manusia senipis kulit bawang,,,mudah tercarik..
hati pula mudah ternoda.,.bila dinoda..
jika kita bajainya dengan iman yang penuh ..maka ia akan benar-benar kukuh kepada Allah dan Rasulullah..
namun jika kita siraminya dengan percikan-percikan jahiliah maka..
musnahlah..

#tengok bagi tamat..nnti akan dapat manfaatnye..:)

Wednesday, 29 October 2014

salam kasih sayang


You can't change the PAST, what you have to do is decide NOW what you're going to do, so that you can have a better FUTURE..
Always know.. that YOU ARE MORE THAN YOU THINK!
-kata-kata yang dilontarkan oleh seorang pensyarah-

memang btol...perkara lepas..kita tak boleh nk ubah...tapi..apa yang boleh kita buat sekarang adalah tentukan apa yang akan kita buat untuk masa hadapan supaya kesilapan yang pernah berlaku dalam hidup kita tidak berulang untuk kali kedua..
kita mampu untuk memperoleh kehidupan yang lebih baik pada masa depan..
jika kita tahu...kita boleh lakukannya...


salam sayang..salam rindu...
#ma#abah#adik#acik#uda#along..
u all always in my heart although one day..
u all not accept me in your life..
i still love u..
0959pm

Wednesday, 22 October 2014

Everthing from Allah..

SEMUANYA DARI ALLAH :')
JODOH dan PERTEMUAN semuanya dari ALLAH..
 Adakalanya, kita diberi PETUNJUK melalui mimpi.. 
Mimpi adalah mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan solat
Istikharah dan memohon dengan BERSUNGGUH-SUNGGUH supaya Allah memberikan petunjuk,

# InsyaAllah dengan izinNya kita mendapat mimpi petunjuk.. 
 Kadangkala petunjuk dalam bentuk RASA HATI.

 Jika dia pilihanmu, buatlah KEPUTUSAN sebaiknya..

Jika tidak, TOLAKLAH dia dengan BAIK. seandainya dirimu TIDAK MEMILIKI sesuatu yang kamu cintai, maka cintailah sesuatu yang kamu miliki..Jangan pinggirkan ALLAH kerana Dia yang mengurniakan rasa cinta.. 

#mood tengah tak stabil...so..main2 dengan benda ni..@hp rosak...sodissss,,,tragisss..@rindu dgan along and uda...masa 1 hari..tak sempat nk borak lama dengan diorang..masing2 sbuk,,
saje je nk share benda ni..rasanya takde terterbit dari hati nk buat ayat juwang mcm ni ..hihi..sbb jumpa skali ayat ni dengan gambar yg cute ni..rasa nk copy paste la lak...comel je..payung dia warna hijau..tu yg penting...hihihi..

perbezaan yang wujud adalah kerana kita yang mencipta jurangnya...

Alhamdulillah...new experience..from batu gajah...i think it is first feeling that i have about new environment...Alhamdulillah..be thankful person with what we have..a lot of person live with sederhana je..kita hanya duduk di bawah garisan kesenangan tanpa cuba untuk memutuskan garisan itu dan kluar untuk melihat orang-orang yang berada di garisan sebelah satu lagi..tersayat hati..balik TM dengan pengalaman baru..dengan ilmu yang baru dan dengan kesedihan..sbb aku tak duduk macam diorang..susah...tapi bahagia...bersyukurlah dgan apa yang kita ada...untuk MAK..moga dikurniakan kekuatan olehNya...untuk hadapi stiap dugaan yang Allah datangkan..semalam Mak nangis sbb dia teringat kat anaknya yang baru je meninggal dunia..:'(
kasih seorang ibu..






Saturday, 18 October 2014

susahnya nak gambarkan..

satu perasaan yang sukar untuk digambarkan...
satu rasa yang susah untuk diungkapkan...

apabila bersendirian..di saat insan-insan yang dinamakan sabahat tiada di sisi..
cuti midsem telah bermula..ak masih di sini..masih setia menunggu...

first time tak balik cti di kampung..lahir satu rasa yang susah untuk digambarkan...Allahuakbar..
wujud jua titisan2 i jernih yang sukar untuk aku ceritakan...
i need them...i need their smiling...their happyness...
moga aku mampu menghabiskan sisa2 cuti ini yang masih berbaki 9 hari...
permulaanya baru bermula...ayooo..kuatkan diri..
Nikmat yang paling berharga selepas nikmat iman dan islam,
adalah memiliki SAHABAT yang soleh. Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya maka peganglah dia bersungguh-sungguh

-Saidina Umar Al Khattab-
“Salam Ukhuwah Fillah Sahabat

Thursday, 16 October 2014

kuakkan tangan...lontarkan suara....


Allahuakbar...ujian demi ujian yang didatangkan olehMu kepadaku..ujian yang tak nampak dari mata kasar tapi dirasai oleh hati...sakit nye...pedihnye...tak terluah dengan kata-kata..hanya mampu tersenyum..dan berkata untuk diri sebagai satu langkah untuk memujuk hati.."Allah jentik lagi tangkal hati supaya reflect balik..mana silap yang perlu dibaikki..mana salah yang perlu dibetulkan"
bak kata kawanku..bersyukur dengan apa yang terjadi ini kerana masih diberi teguran oleh Allah..malunye...malu pada Dia..asyik ditegur...Allahuakbar...tapi masih lagi leka..masih lagi buat..
mana semua panduan yang digariskan..yang telah dipersetujui..yang telah dimanterai..
kadangkala geram juga dengan diri...geram nk cakap...BODOH tol ko ni..tak serik2 lagi ka??..tapi..cepat2 istighfar...aturan dari Dia tu...nape nk mengeluh?? nape nk marah??..tak bersyukur ke??...kan kalau Allah tak tegur ko...lalai lagi kan??
n then...mampu tersenyum...^_^..hebat....hebat aturan Allah pada hambaNya...yg penting dekatkan diri denganNya...



 
kita tak boleh padam apa yang telah terjadi, tapi kita sentiasa ada peluang untuk mulakan sesuatu demi masa depan.
yang berlalu biarkan berlalu. apa yang kita pilih untuk jadi pada saat ini, itulah yang akan menentukan keseluruhan cerita kita.
Tuhan selalu ada untuk kita percaya pada apa jua akhirnya takdir.
hidup ni satu proses. ye, mungkin awak terluka pada awalnya. tapi pada akhirnya inshaAllah ia akan berbaloi.
cinta macam proses membesar. nak belajar berdiri, berjalan, berlari, berapa kali kita jatuh? dan akhirnya kita boleh jugak buat kan?
berapa kali pun kita jumpa orang yang kita cinta, kalau bukan jodoh, mesti akan sakit.
tapi percayalah, akhirnya kita akan jumpa, akan end up dengan orang yang betul, yang akan bersama dengan kita sampai akhir hayat.
impian yang kita simpan, biar pada-Nya, hanya pada-Nya. cari jawapan dalam setiap solat dan doa.
sebab tak semua benda sesuai dikongsikan dengan manusia, walau dengan orang yang kita paling sayang pun.
doa adalah cara untuk meminta Tuhan memelihara & membahagiakan kita, kerana cinta tak lahir dari janji tapi mekar dari bisik kepada Ilahi.
sebab cinta mungkin lenyap dalam runtuhan mimpi, tapi ia takkan hilang dari simpanan doa.
kalau doa awak tak pergi kepada orang yang awak nak, mungkin ia untuk orang lain.
yakinlah demi Tuhan, takdir tersurat dalam acuan yang berbeza. dia ada jalan lain awak ada jalan lain. pada akhirnya akan tiba juga bahagia, walau pun jalan awak dan dia berbeza.
inshaAllah semuanya kerana Allah. datang dan pergi kerana Allah. bertahan dan melepaskan kerana Allah. ketawa dan menangis kerana Allah 

SALAM UKHUWAH..
DALAM KELEMBUTAN..ADA JUGA KETEGASAN..

Thursday, 25 September 2014

Alhamdulillah...jumpa benda ni..pedoman untuk diri...:)

Dulu , aku pun macam korang .
Pakai tudung bidang 45 ,
selepang kiri kanan ,
Pakai tshirt lengan panjang singsing lengan baju sampai siku.
Dulu , aku pun macam
korang,
Aurat kaki tak pernah terjaga,
Pakai stoking pun paras buku lali.
Dulu , aku pun macam korang,
Solat selalu buat jadi hal remeh temeh,
Solat lewat . Subuh gajah .
Zohor dinasour . Asar mamoth .
Maghrib badak air .
Isya' badak sumbu.
Dulu , aku pun macam korang,
Bercakap dgn mak ayah macam kawan.
Takde rasa hormat .
Suka melawan , merajuk .
Ikut suka diri sendiri.
Dan dulu,
Aku pun macam korang.
Bertepuk tampar dgn ajnabi,
Bertext dengan ajnabi,
Berotp dgn ajnabi.
Without any reason.
Yaaa. Dulu.
Tapi masa depan selalu cerah kalau kita pandai mengatur langkah.
Usah kau cari lorong yang gelap tapi ramai penghuninya,tapi carilah lorong yang cerah biarpun tidak ramai penghuni.
Usah takut,
Usah gentar,
Cahaya itu akan menemanimu.
Cahaya apa?
Cahaya Iman
Jangan risau ,
Allah kan ada ?
Allah akan tuntun kau
.

Wednesday, 24 September 2014

seandainya...

.semburkan wangian pada dirimu..

dengan memohon keampunan dari Allah..
agar dirimu tidak terdedah dengan busuk2 dosa.

dah lama tak terjah ruangan ini..
malam ini baru berkesempatan untuk menulis sesuatu..
seandainya...
seandainya...
..perkataan yang selalu ada dalam diri ini..
yang selalu melalaikan...
behave...
behave..
tolonglah..
ikhtilat dulu mana ida..
Sir Hazal dulu dah melebur ke????
dirimu yang kuat dulu dah musnah ea?/
kenapa jadi balik??
kenapa kau munculkan balik..
kau tahu kan benda tu akan memudaratkan diri kamu..melalaikan diri kamu..menjauhkan kamu dengan agama Allah..
Allahu...kembalikan aku semula...
beri hidayahMu padaku..
jauh lagi aku denganMu...
satu ketika aku ingin kembali padaMu dengan bekalan yang penuh di tangan...
bukannya hanya dengan tangan yang kosong sahaja..
----muhasabah diri---insaf dengan perbuatan yang sudah terlanjur---hari ke hari---aku rasa makin jauh aku dengan landasan agama...
matikan aku dalam iman Ya Allah...hidupkan aku dalam kalimah Laillahaillallah...Muhammadul Rasulullah...
***jaga Ikhtilat..jaga sir hazal***..
jangan sampai orang membencimu...kerana kelakukan dan tutur katamu....

::12:51AM::

Tuesday, 17 June 2014

salam perpisahan...salam melabuhkan tirai semester 4..

salam perpisahan sahabat-sahabat seperjuangan..
semester 4 bakal melabuhkan tirai..
semester 5 bakal kunjung jua,..selari dengan pergerakkan waktu yang cukup cepat..yang mematangkan fikiran setiap daripada kita...
semester 4...ada yang pahit untuk dikenang dan ada jua yang manis untuk dijadikan pengalaman yang tak dilupana....yang pahit...tidak ada sedetik pun dalam hatiku untuk melupakan..malahan...ia menjadikan aku seorang yang makin matang dalam menghadapi hakikat sebenar sebuah perjalanan dalam sebuah kehidupan yang orang kata tak akan ada warna warni kalau tidak ada halangan dan dugaan...kalau hanya satu warna sahaja..iaitu warna kebahagiaan, tidak cantik kehidupan kita...masakan kita dapat tau tahap keimanan kita padaNya kalau kita tidak diuji..sebab itu lah...warna-warna ujian dan dugaan yang datang dalam hidup aku sepanjang semester ini..aku ambil..dan bermain-main dengan warna tersebut..walaupun kadang2 rasa sukar dan gentar untuk berhadapan dengan warna-warna itu..namun.....atas bantuan dari rakan-rakan...dan dari Dia Yang Satu..Alhamdulillah..semester ini...berjaya aku tempuhi..
syukur jua atas satu nikmat Allah yang sangat berharga untuk aku di semester ini...:)
sesuatu yang sukar untuk mencarinya...bak petikan ayat ini:
bukan pasal JODOH yang aku ingin 'highlight' kan di sini..namun pada sesuatu yang sangat2 berharga bagi aku..yang meletakkan aku di landasan ini...Istiqamah..vs Hidayah...sesuatu yang aku ibaratkan mencari 'jarum di sebalik timbunan besi'.. susah..kena cari berhati-hati..takut cedera jari..namun,...bila dah jumpa..pegang dan gunakan dengan betull...sangat bermanfaat untuk kita..gunakan untuk menjahit kain-kain yang koyak..yang kita telah guna sepanjang 22 tahun kehidupan kita...
--mendalam perumpamaan yang aku gunakan di sini---
tiada niat untuk menaip panjang lebar tentang umpama di atas....:)


"Bila bercakap soal JODOH ramai memilih untuk berusaha keras mencari walaupom sedar hakikat JODOH sudah ditentukan"
Tapi
Bile bercakap soal HIDAYAH ,ramai yang memilih untuk menunggu biarpun sedar HIDAYAH itu perlu dicari bukannye jatuh ke RIBA..!.~

~~selamat jalan semester 4...selamat tinggal kenangan..
yang pasti semester ini begitu mencabar bagi aku..:)
hidup dengan kepura-puraan adalah ssuatu yang menyakitkan..
namun...Allah..datangkan ujian itu adalah untuk menjetik hati kita supaya jangan terus leka dengan hal duniawi yang hanya sementara sahaja...
bila-bila masa Dia boleh hantar surat untuk kita..untuk kita pergi berjumpa denganNya..
dan meninggalkan dunia ini..dunia yang penuh dengan dugaan dan cabaran...
::when u forget that u need Allah...
He puts u in a situation that causes u to call upon HIM...
And that's for your own good...
Alhamdulillah...
said bye2 to semester 4
welcome semester 5..
InsyaAllah..

++kenangan++
semoga ikatan yang dibina..akan kekal sampai bila-bila..
amin..
to someone...special friend..tq for everthing ,...
for this semester..
tq..tq...:)
1:45am (180614)

Wednesday, 28 May 2014

SEINDAH HUBUNGAN KEKASIH..TIDAK MAMPU MENYEMBUNYIKAN SESUCI HUBUNGAN PERSAHABATAN...:)

::KEBAHAGIAAN??
senang untuk diucapkan..tapi untuk memperolehinya??
SESUKAR untuk mencarinya....
HATI??...dan PERASAAN..
satu kata-kata yang dituturkan oleh seorang sahabat apabila seorang sahabat yang lain bertanya...BAGAIMANA nk jaga perasaan orang lain supaya tidak terasa dengan kita?
Apa kata sahabat yang menjawabnya??
memang susah untuk jaga hati dan perasaan orang lain..tapi..cuba tengok kembali apa yang dilakukan oleh RASULULLAH terhadap isteri-isteri baginda..baginda tidak pernah membezakan kasih sayang yang diberikan kepada isteri-isteri baginda..namun, siapa yang tahu isteri mana yang paling baginda sayang??..semuanya baginda simpan di dalam hati sahaja..supaya isteri-isteri baginda tidak 'terasa' . begitu juga dengan SEBUAH PERSAHABATAN..
nak jaga macam mana pulak?
tnya sahabat yang tadi..
jawab sahabat ini..
teruskan bersahabat..teruskan memberi nasihat..teruskan bergurau senda...teruskan saling ingat mengingati walaupun dalam masa yang sama kita ada sahabat-sahabat lain yang lebih jauh lebih 'rapat' dengan kita..jangan tayangkan kepada sahabat-sahabat lain bahawasanya kita ini terlalu melebih-lebihkan sebelah pihak sahaja...kerana ia mungkin mendatangkan rasa kekecewaan terhadap sebelah pihak lagi..oleh itu, adil dengan semua orang...:)
-ilmu yang sangat bermanfaat-
TQ SAHABAT.

Tuesday, 27 May 2014

 
 
 EPILOG SILAM..
TQ to my friend..sbb bagi lagu ni..lirik yang sangat menyentuh naluri hati..
Allahuakbar...jauhnye aku denganMu..
beratnya dosa-dosaku...
ADAKAH masih ada keampunan dariMu buatku..???

 
Seorang yang dulunya terjunam ke dasar paling gelap . Tak mustahil ia mampu menjadi bintang yang bersinar terang . :')
pengalaman demi pengalaman...
langkah demi langkah...
jihad di jalanNya..impian di hati...
Dalam mengenang kisah hidup silam
Ku sedar dari kesilapan lalu
Tuhan beratnya dosa-dosaku
Masihkah ada ampunan buatku

Tuhan...Dalam menempuh hidup ini
Banyaknya dugaan datang menguji
Tuhan...Ada yang dapatku gagahi
Dan ada yang gagal kuhindari

Tuhan...Dosaku menggunung tinggi
Tapi taubatku tak kutepati
Tuhan...Rahmat-Mu melangit luas
Terlalu sedikit kubersyukur

Kini kukembali pada-Mu
Mengharap maghfirah dari-Mu
Mogakan terampunlah dosa-dosaku
Biarpun ujian melanda
Ku tetap berkasih pada-Mu
Kerna kuyakin kasih-Mu
Kekal tiada sudahnya...
 
 
Demi Allah,Aku Tak Kuat"

Dalam meniti hari-hari yang penuh cubaan.
"kesulitan itu adalah sumber kekuatan pada akhirnya"
bila aku cakap.. 'meniti' , barangkali aku kan terjatuh sebelum sampai ke penghujungnya. badai taufan, pasti bertandang. minta aku bertahan sampai hujung jalan.

sebak —

jiwa, mohon jangan rapuh.
jangan mudah mengalah.
Belajar menghargai segala apa kondisi.
kerana satu masa, hal itulah yang akan memekarkan senyum pada jiwa yang percaya. Allah.

yakin,
keterbatasanmu tidak pernah dizalimi oleh Rabbmu.

atas sifat-Mu Al Qawiy, pinjamkan aku sedikit kekuatan untuk tetap teguh di jalan-Mu bersama jiwa yang lain
_salam ukhuwah dan salam sayang-
saat air mata menitis..itu bukan tanda seseorang itu lemah..kadang2 titisan air mata yang mengalir itulah petanda bahawa...luka di hati yang ditanggungnya selama ini sedang cuba dibasuh...
namun..
sedarkah kita..air mata taubat jauh lebih murni dari air mata kekecewaan terhadap manusia...
bangkitlah !!!
berjuanglah !!!
bergerak ke arah mujahadah yang beriman...amin...
270514_0929pm

Wednesday, 14 May 2014

salam ukhuwah kembali terjalin..

sekian lama tidak mencoretkan sesuatu di laman ini..disebabkan kekangan masa..assignmenat yang aku rasakan tidak akan sampai kepada penghujunya melainkan pada minggu ke 14..ermmm...
salam ukhuwah...tajuk yang diberikan...kalau nak ceritakan perkara-perkara yang berlaku sebelum ini...banyak sangat-sangat..teguran demi teguran yang Allah hadirkan dalam hidup aku...Allahumma...sangat bersyukur...sebab Allah cuitkan hati ini supaya tidak terus lalai dengan keseronokkan duniawi..hari ini..jalan-jalan gan mokmah..habiskan bauncer RM 50..beli buku motivasi..hihihi..Alhamdulillah...dapat buku Di mana Dia dihatiku..dengan buku sOALAN MAUT UNTUK USTAZ..beli kat mokmah satu buku..hihi..upah dia..

 
tak sempat baca lagi..tapi sempat la belek-belek tengok..nampak macam best...kata-kata kat dalam pun nampak macam menarik je untuk dikongsi..hihihi..manfaatkan time cuti nanti..
-neraka itu dipagari dengan penuh kenikmatan dan keseronokkan..manakala syurga itu dipagari oleh ujian dan kesukaran-

peringatan untuk diri sendiri.:
 
 
cinta itu ibarat arak...memabukkan..
wahai manita..hiasilah hidupmu dengan kesopanan...kesantunan..menjaga batas-batas pergaulan duniawi kamu.kerana semua itu akan dipersoalkan di akhirat kelak.
Allahurabbi...aku Mohon petunjuk dariMu..bimbinglah aku ke arah jalanMu...amin...
 
#assignment dulu#
InsyaAllah..bersua lagi kita pada lain masa...:)

Tuesday, 22 April 2014

PENGALAMAN..demi pengalaman....step by step...kuatkah aku ya Allah???

Subhanallah...Alhamdulillah..Allahuakbar...ingatilah Dia sentiasa...mohonlah kekuatan dariNya..
andai satu waktu..aku sudah tak mampu untuk melangkah...aku mohon kekuatan dariMu ya Allah..aku ingin kuat kerana ma dan abah...kerana along gan adik2...kerana kamu...kawan2...saat aku tersungkur..bangkitkanlah aku kembali..supaya aku masih mampu memberikan secebis kegembiraan kepada orang2 sekeliling ku..namun...andai di sini penamatku...redhakanlah aku Ya Allah...

mengeluh??..menyesal...??..feeling down..itu semua membuatkan kita makin matang..sebab apa??...melangkahlah dengan sisa2 kehidupan yang kita ada..kerana satu saat..kembali juga kita kepadaNya...Buang masa untuk ada perasaan semua itu...kenapa tidak kita kembali kepadaNya...lihat dan renung kembali..apa yang sudah kita buat..Allah nk sedarkan kita hnya dengan satu saat je..sekali datangnya rasa menyesal..sudah ckup membuatkan  kita kembali sujud kepadaNya..lekanya aku dengan Mu ya Rabbi...saat gembira...saat bersuka ria...abainya aku padaMu..namun..satu saat Engkau anugerahkan aku rasa duka...rasa down..........rasa yg sukar untuk aku ungkapkan...padaMu jua aku kembali..Astaghfirullah..Allahuakbar....

"Allah nk sedarkan kow..sebelum terlambat..sebelum kow terleka...sebelum hidup kow penuh dengan titik2 dosa..yang sebelum ini kow kurang ambil tahu''...- from someone..tq..


Demi Allah,Aku Tak Kuat"

Dalam meniti hari-hari yang penuh cubaan.
"kesulitan itu adalah sumber kekuatan pada akhirnya"
bila aku cakap.. 'meniti' , barangkali aku kan terjatuh sebelum sampai ke penghujungnya. badai taufan, pasti bertandang. minta aku bertahan sampai hujung jalan.

sebak —

jiwa, mohon jangan rapuh.
jangan mudah mengalah.
Belajar menghargai segala apa kondisi.
kerana satu masa, hal itulah yang akan memekarkan senyum pada jiwa yang percaya. Allah.

yakin,
keterbatasanmu tidak pernah dizalimi oleh Rabbmu.

atas sifat-Mu Al Qawiy, pinjamkan aku sedikit kekuatan untuk tetap teguh di jalan-Mu bersama jiwa yang lain

.-be strong-.

Saturday, 15 March 2014

RASA yang terpendam

Assalamualaikum..sekali lagi tangan ini ringan untuk mencoretkan sesuatu di sini....satu perasaan yang sukar untuk diluahkan dengan kata-kata..keep in yourself dear ida..you can do it..dulu pun kamu mampu menyimpannya..n mampu melaluinya seorang diri..InsyaAllah..kali ini.u can do it jgak..
tengok petikan kata-kata ni..
KENAPA KITA TAK KUAT????
sbb hubungan kita dengan Allah pun tak kuat..
kalau kita jaga hubungan kita dengan Allah..
jaga ibadat kita,,,
jaga amalan kita..
dengan izin Allah..
Allah akan berikan kita kekuatan..
dan Allah permudahkan segala urusan kita di dunia dan di akhirat..
Percayalah..tiada yang mustahil dengan kuasa Allah Taala.

Tiap hati yang ada mesti redha.
Tiap jiwa yang wujud perlu ikhlas.
Tiap jasad yang belum diambil harus setia.
Segala kejadian adalah atas pengetahuanNya.
Segala keajaiban adalah atas kuasaNya.
Segala kebaikan adalah atas rahmatNya.

Kepada yang masih ragu-ragu nak berubah.

Allah tetap akan terima diri kita walau teruk mana Kisah Silam kita di mata manusia.

Allah tetap akan terima taubat kita walau hina mana Dosa kita di
mata manusia.
Jangan risau.
Allah selalu ada buat hambaNya yang nak berubah.

#malunya aku pada kamu...
#kelate..wait me 5hb..
InsyaAllah...i will arrive...meet my lovely family...
#along#acik#uda#adik..mizz u all..
ma&abah...tq coz sudi tnggu angah balik baru nk buat makan2 besar..
#sayang korang semua..
u all..always in my heart...<3<3<3...

Sunday, 9 March 2014

8 Mac 2014

MH 370 Missing..
Allahuakbar..walaupun tiada saudara mara yang terlibat..namun..ianya terkesan di sanubari hati ini..
macam-macam spekulasi yang timbul..namun, setakat hari ni.(9 Mac 2014-7.52 Pm) tiada lagi pengesahan berita yang sebenar..namun..keprihatinan semua pihak dapat dilihat..solat hajat dilakukan...mohon Allah bantu mereka semua..
petikan kata-kata TGNA

 di atas dunia ini tidak ada tempat yang selamat sama ada di jalanraya, di darat, laut atau udara.

“Malah pejalan kaki juga kena rempuh walaupun dia tidak berada dalam kenderaan atau sebagainya.

“Kerana itu Islam menggalakkan kita sentiasa berdoa sebagaimana Rasulullah ajar setiap kali kita ingin turun tangga untuk keluar dari rumah,” nasihat beliau.

PETIKAN DOA 
ya Allah,,jika di laut timbulkanlah..
jika di langit ..turunkanlah..
jika di darat..tunjukkanlah..

Peristiwa MH370 dan firman Allah dalam surah yasin ayat 41-44.

"Dan suatu tanda (kebesaran Allah) bagi 
mereka adalah bahawa Kami angkut keturunan mereka dalam kapal yang penuh muatan."

"Dan Kami ciptakan (juga) untuk mereka (pengangkutan lain) seperti apa yang mereka kenderaai."

"Dan jika Kami mengkehendaki, Kami tenggelamkan mereka. Maka tidak ada penolong bagi mereka dan tidak (pula) mereka diselamatkan."

"Melainkan (Kami selamatkan mereka) kerana rahmat yang besar daripada Kami dan untuk memberikan kesenangan hidup sampai waktu tertentu."

Allah bekalkan kita Al quran untuk kita berfikir.

pETIKAN AYAT-ayat yang dihasilkan oleh penunggu setia berita nahas ini yang membuatkan aku lebih sedih..Allahuakbar...tabahkan hati keluarga-keluarga nahas..amin..

MH370,
Kapten Zahari, saya mungkin tidak kenal tuan,
Tetapi saya tahu, tuan sudah melakukan yang terbaik, 
Saya mungkin tidak tahu pandu pesawat,
Tetapi saya tetap tahu tuan akan lakukan terbaik,
Saya mungkin sedih dengan hilangnya MH370, 
Tetapi saya tahu keluarga tuan lebih sedih dari saya,
Kami sedih kehilangan MH370,
Tetapi saya tahu tuan, jiwa tuan lebih cedera dari kami semua.

MH370,
Selagi mereka belum temui rangka kamu,
Kami di seluruh dunia berharap kamu akan kembali dengan selamat,
Kalau ada orang jahat larikan kamu,
Kami merayu, kembalikan MH370 ke KLIA,
Atau terbangkan kamu ke Beijing,
Seluruh dunia menanti khabar kamu,
Saya harap kamu baik-baik sahaja.

Kita mungkin tidak pernah bertemu wahai MH370,
Tetapi hari ini semua orang mencari-cari kamu,
Hari ini semua orang menanti kamu,
Hari ini satu dunia risaukan kamu,
Hari ini semua orang menyebut nama kamu.

Muncullah MH370,
Ada jiwa yang menanti anaknya,
Ada jiwa menanti suaminya,
Ada jiwa menanti isterinya,
Ada jiwa menanti ayahnya,
Ada jiwa menanti ibunya,
Ada jiwa menanti kakaknya abangnya adiknya.

Jiwa kami dan jiwa mereka tidak sama,
Kami sedih tetapi tidak akan ada yang lebih sedih dari mereka,
Mereka dan kami mungkin bukan sebangsa dan seagama,
Tetapi darah kami sama,
Merah pekat warnanya.

Kasih sayang kami sama,
Tuhan, dengan cinta dan rahmat-Mu,
Temuikan MH370 segera,
Kami sudah sedia,
Kami sudah redha,
Kami tahu Kau ada,
Kau menentukan segalanya.

Manusia yang aneh-aneh jiwanya,
Kalau kamu tidak ada yang baik untuk kamu berkata-kata,
Sudi kiranya kamu berdiam sahaja.

Manusia yang aneh-aneh jiwanya,
Kalau kamu tidak ada yang baik untuk kamu berkata-kata,
Sudi kiranya tadahkan tanganmu untuk berdoa.

Manusia yang aneh-aneh jiwanya,
Kalau kamu tidak ada yang baik untuk kamu berkata-kata,
Sudi kiranya kamu menutup mata dan telinga.

Manusia aneh-aneh jiwanya,
Walau siapa pun mereka, apa bangsa mereka,
Kita tetap mengalirkan darah yang sama,
Baik kalian diam dan bacalah cuma.

MH370 muncullah kamu segera,
Kami semua akan bersedia.

Menanti kamu MH370,
Langit sudah bertukar kelabu,
Kesedihan melanda terpahat di kalbu,
Seluruh dunia menanti beritamu,
Muncullah nanti seperti selalu.

Andai tercalar tinggalkanlah petanda,
Andai terguris tunjukkanlah di mana,
Andai ada tunjukkanlah rupa,
Tidak nanti kami tertanya.

Sudah tertulis janji bersemi,
Lautan biru bertukar merah,
Ya Allah, Ya Tuhan kami,
Hanya kepada-Mu kami berserah.

#PrayForMH370









Sunday, 2 March 2014

sampai hari ini...

tetiba rasa terkilan menguasai diri bila teringat apa yang terjadi dalam keluarga ..disebabkan satu kes..semuanya berkecai...manusia..kalau dendam menguasai diri..macam-macam yang sanggup dilakukan..disebabkan dendam..semua benda diungkitkan balik...yg didendamnya..bukan main hidup terumbang ambing...yg pendendam...hidup bahagia..siap boleh kacau hidup orang lagi...ermmm...geram??..dulu..ada la.. sekarang..rasa terkilan je aku rasa...terkilan sbb dia snggup bertindak macam tu..hidup bermuka-muka di sebalik pertuturan dan senyuman..nk maafkan dia..mungkin makan masa yg lama..everything in my mind...disebabkan kamu..i lost my brother dalam jgkan masa setahun..ma abah hidup dalam kerisauan..i'll keep in my life about that..w'pun gtu..i'm still thankful kat Allah sbb masih bagi kami masa kerana along kembali juga ke pangkuan kami walaupun pulang dalam 'tangan kosong'...kami terima..mngkin dah tersurat hidup dia macam tu..
 #akuTakAkanLupaYgKamuBuatItu...

Saturday, 22 February 2014

one week with new sem..·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙(✿◠‿◠)

Seminggu duk di sini..rasa macam dah lama..rindu kat rumah...memang tak dinafikan la...mengadap 'highway' rasa macam ...kalau duk kat rumah mesti best..main lawan2 cakap dengan 'boroi' a.k.a ciklong..hihih..dengan ciktam a.k.a uda..n dengan adik..riuh satu rumah..tiap hari mesej gan ma..tnya khabar tok..Alhamdulillah..dah makin pulih.macam-macam cara buatnye .niat untuk berubat..betol lah kata-kata bahawa selagi tak usaha, jangan mengalah..g berubat sana sini..lastly..jumpa sbb tok jadi macam tu..ermmm..bila dah makin sihat..timbullah kes baru..lastly..he know about along..tak putus2 dengan dugaan kan hidup ini..tapi..tak pernah lak nak mengeluh sbb dengan masalah2 dan dugaan2 itulah kita mampu menggunungkan pengalaman2 dalam hidup kita..kuat atau lemahnya kita,,boleh dilihat saat masalah hadir dalam hidup kita..saat kegembiraan, kita tak akan lihat real person..tak dapat lihat kekuatan dirinya pun..
tapi..aku sangat bersyukur sbb aku masih lagi diberi kekuatan olehNya dalam mengharungi hidup ini.takdela pernah terlintas nk memudaratkan diri demi menyelesaikan setiap masalah tu..sbb sekurang2nya..aku cari inisiatif untuk aku hadapinya dengan baik..Alhamdulillah..lagipun aku tahu, family aku pun bnyak bergantung kat kekuatan aku..
#lagu yang diulang berkali-kali..sebab liriknya,,sangat membuatkan aku muhasabah diri..#mati tak bisa kita hindari..#

Saturday, 15 February 2014

APA yang aku rasa???

sebulan bercuti..akhirnya..kembali semula aku ke bumi tanjong malim..dengan seribu rasa..macam2 yang berlaku sepanjang cuti sebulan ..betullah kata sahabatku..sebulan rasa macam seminggu je..tak ckup..sebab apa??...sebab kita meneruskan perjalanan hidup kita dengan kebahagiaan..bagi orang yang hidupnya tak bahagia...sebulan..macam lama sangat dah..bagi aku tak..sebulan rasa macam sehari je..sebab apa?..time cuti tu lah aku dapat berkumpul dengan adik beradik yang lain..along pun dah balik umah..dah rapat macam dlu..walaupun he lost everything..still thankful to Allah cz sekurang2nya dia balik ke pangkuan kami..Alhamdulillah..tapi..betul juga orang kata..di sebalik kebahagian akan terselit jua kedukaan..seminggu b4 balik ke sini..tok aku sakit..ntah sakit apa..tak dapat dikesan..Allahuakbar..ujian hati n jiwa untuk aku..rasa berat hati sangat nk balik ke sini..namun..digagahkan jua dengan air mata sepanjang perjalanan ke sini..lagi sedih bila time nk bersalam dengan dia sebelum berangkat, aku sempat melihat matanya yang merah seakan-akan ingin menangis...ermmmmmmmmm....tak mampu untuk diucapkan saat itu..dengan rasa sebak aku tinggalkan bumi kelate untuk meneruskan misi perjuangan sebagai seorang pelajar.
sem ni (sem 4)..dapat duk di blok 6 khar,tingkat 3 lak tu,..mengadap ke highway...huh..lagi senang untuk merenung jalan balik ke kampung halaman..nun jauh di sana ada jiwa yang menangung bratnya air mata sebuah kerinduaan..di sebalik sebuah senyuman..tersimpan sebuah takungan air mata...
Allahuakbar...hilangkan rasa yang aku rasai kini .,,untuk aku tidak lalai dengan tanggungjwab yang perlu aku pikul sepanjang bergelar seorang pelajar di bumi UPSI..
#rasa macam berada di awang2 gan..yang ditiup angin hingga sampai ke sini..rasa macam semalam je duk bergurau senda dengan along, uda, adik, ma n abah...love u all..

Sunday, 12 January 2014

sebelum perpisahan terjadi..

 بسم الله الرحمن الرحيم
ada masa tidak sampai 24 jam bersama kawan2..semester 3 yang sudah hampir sampai ke penghujungnye..saat suka duka berjaya disusuri...welcome semester 4 yang bakal kita tempuhi bermula sebulan lagi..Allahuakbar..cepatnye masa berlalu..esok..last paper..abnormal psikologi.yang aku rasa betul2 menguji tahap kenormalan kita semua..to CR2..wish good luck semua..apa jua result yang bakal kita perolehi..ia sememangnya tidak menjejaskan kita punye ikatan persahabatan..sem 3..menjadi kenangan..terciptanya satu album KENANGAN ABADI dalam kehidupan masing2...bertambah lagi koleksi album dalam hidup kita..perjalanan kehidupan masih panjang..InsyaAllah..banyak lagi album KEHIDUPAN akan kita hasilkan sepanjang kita bersama..

 Antara nikmat yang terbesar dalam usrah adalah nikmat ukhuwwah.

Ukhuwwah yang bertunjangkan Iman merentasi pelbagai bangsa, kaum, latar belakang dan negara.

[♥] [♥] [♥] [♥] [♥] [♥]

jadikan jalinan antara kita terbina persis untaian tasbih. ada awal tiada penghujung. dibentuk utk mengingatiNYA, dicantum krn cintaNYA, diratib semata-mata krn redhaNYA. menitis airmata tika merasai kemanisannya ~
 Perjuangan itu pahit syurga itu manis..

 ~good holidays to my CR~

:)


Thursday, 9 January 2014

jom..nk share something..~✿.~✿.~✿. tajuknye: kenali personaliti melalui tarikh lahir and warna..interesting gak ni..



2 Disember hingga 11 Januari – Oren
12 Januari hingga 24 Januari – Kuning
25 Januari hingga 3 Februari – Merah Jambu
4 Februari hingga 8 Februari – Biru
9 Februari hingga 18 Februari – Hijau
19 Februari hingga 28 Februari – Perang
1 Mac hingga 10 Mac – Aqua (Biru Kehijauan)
11 Mac hingga 20 Mac – Lime
21 Mac – Hitam
22 Mac hingga 31 Mac – Ungu

1 April hingga 10 April – Biru Laut
11 April hingga 20 April – Perak
21 April hingga 30 April – Putih
1 Mei hingga 14 Mei – Biru
15 Mei hingga 24 Mei – Emas
25 Mei hingga 3 Jun – Krim
4 Jun hingga 13 Jun – Kelabu
14 Jun hingga 23 Jun – Maroon
24 Jun – Kelabu
25 Jun hingga 4 Julai – Merah
5 Julai hingga 14 Julai – Oren
15 Julai hingga 25 Julai – Kuning
26 Julai hingga 4 Ogos – Merah Jambu
5 Ogos hingga 13 Ogos – Biru Laut
14 Ogos hingga 23 Ogos – Hijau
24 Ogos hingga 2 September – Aqua (Biru Kehijauan)

3 September hingga 22 September – Lime
23 September – Olive
24 September hingga 3 Oktober – Ungu
4 Oktober hingga 13 Oktober – Biru
14 Oktober hingga 23 Oktober – Perak
24 Oktober hingga 11 November – Putih
12 November hingga 21 November – Emas
22 November hingga 1 Disember – Krim
2 Disember hingga 11 Disember – Kelabu
12 Disember hingga 21 Disember – Maroon
22 Disember – Teal Merah (Kayu)

MERAH
Selalunya mereka yang mewakili warna merah yang garang ini seorang yang comel dan disayangi ramai. Anda juga suka disayangi dan menyayangi. Anda juga sentiasa ceria dan gembira namun kadangkala dilanda ‘angin satu bandan’! Taman/kekasih yang diingini ialah mereka yang mudah diajak berbincang dan boleh membuatkan dirinya rasa selesa bila berdampingan dengan meraka.

KRIM
Ha! Anda ini seorang yang suka bersaing dalam apa juga bidang yang kamu ceburi dan ingin berjaya. Tapi persaingan secara sihatlah. Anda juga bersikap suka mendorong orang lain untuk mencapai apa yang diidamkan. Namun anda cukup takut akan ‘kehilangan’ sama ada teman ataupun kekasih! Selain itu, sudah tentunya anda seorang ceria selalu! Sebagai seorang kawan anda boleh dipercayai 100% dan setia pada janji. Dari segi percintaan, anda amat berhati-hati dalam menjalinkan hubungan cinta dan tak mudah jatuh cinta hingga anda rasakan menemui seseorang yang benar-benar anda cintai! Ketika itu, anda tak perlukan masa yang lama untuk melafazkan sayang!

TEAL MERAH (WARNA KAYU)
Bukan main lagi anda ni yek! Tak kira lelaki taupun perempuan, tentu menitikberatkan soal kecantikan dan penampilan fizikal diri anda. Anda sering melakukan kesilapan dalam membuat keputusan lantaran sikap anda yang suka sangat ambil mudah terhadap sesuatu masalah. Manakala dalam memilih pasangan, anda bercitarasa cukup tinggi. Anda tak akan pilih yang sebarangan saja! Anda juga suka memerintah dan gemar orang lain menurut perintah anda. Walau bagaimanapun, sikap anda yang peramah membuatkan diri anda punyai ramai teman.
MERAH JAMBU
Anda akan berusaha sedaya mungkin untuk membuat yang terbaik dalam apa juga yang anda lakukan serta suka menolong orang lain dan mengambil tahu tentang orang-orang di sekelilignya. Namun anda sukar untuk dipenuhi keinginannya dan sering saja berprasangka buruk terhadap orang lain. Dari segi percintaan anda mengimpikan percintaan yang penuh dengan keindahan semata.

HIJAU
Salah satu kelebihan yang anda miliki ialah cukup pandai menyesuaikan diri dengan orang yang baru dikenali. Mungkin kerana sikap anda yang tidak begitu pemalu, namun dalam tidak sedar anda boleh membuatkan orang lain kecil hati dengan kata-kata anda saja! Anda juga ingin diri anda disayangi dan diberi perhatian penuh oleh kekasih hati. Namun selalunya mereka ini lebih rela maintain single hingga berjumpa dengan jejaka/gadis yang benar-benar sesuai untuk dirinya!

EMAS
Anda seorang yang tahu apa yang anda lakukan, yang mana betul dan silapnya. Anda juga seorang yang mudah bergaul dengan sesiapa saja dan setia serta tak suka bersedih biarpun pelbagai masalah yang menimpa. Dalam soal percintaan, anda sukar berjumpa dengan orang yang benar-benar anda sukai tapi sekali anda menemuinya pasti tidak akan anda lepaskan begitu saja. Bila sekali gagal, sukar untuk anda jatuh cinta lagi untuk kali yang seterusnya dalam tempoh yang lama.

KUNING
Anda seorang yang manis, tenang dan sopan. Sebab itulah anda dipercayai oleh orang-orang yang ada disekeliling anda. Selain itu, anda juga lebih suka menguasai dalam sesebuah perhubungan termasuklah soal cinta. Kembang semangkuk hidung bila tiap kehendak anda dituruti oleh si dia! Anda juga mampu membuat keputusan yang tepat kerana fikiran anda yang jauh ke depan. Anda ni jiwang karat juga orangnya. Sentiasa saja berminat hal-hal yang romantik bersama si dia. Alahai!

MAROON
Bagi anda yang mewakili warna maroon ini, anda digambarkan seorang yang bijak dan tahu apa yang terbaik untuk diri anda. Namun anda juga suka melakukan sesuatu itu menurut kehendak dan pendapat anda sendiri tanpa pedulikan perasaan atau pendapat orang lain. Itulah yang menjadi masalahnya! Dari segi percintaan, anda cukup sabar dan tidak terburu-buru untuk menjalinkan percintaan. Anda juga terkenal dengan sikap setia anda dalam perhubungan!
 
OREN
Syabas! Anda ini jenis orang yang berani menanggung segala risiko atas tiap-tiap perbuatan yang anda lakukan. Baguslah macam tu. Kata orang, berani buat beranilah tanggung. Anda juga bijak mengambil hati orang-orang disekeliling anda dan ini membuatkan diri anda disenangi ramai. Anda punya matlamat tersendiri dalam hidup yang menjadi target kamu selama ini dan sanggup bersaing untuk berjaya. Menyentuh soal perhubungan, anda sebenarnya seorang yang sukar untuk mempercayai orang lain tapi bila kepercayaan itu wujud, selamanya anda akan percayakan dia! Begitu juga dalam perhubungan cinta. Bagi anda, saling percaya itu amat penting!
UNGU
Amboi! Anda ini gadis/jejaka misteri rupanya. Tak ramai orang yang dapat mendekati diri anda kecuali orang yang benar-benar kamu percayai. Anda juga mempunyai daya penarik yang sukar dicari pada orang lain. Walaupun begitu, anda tak pernah pentingkan diri sendiri dan agak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang baru bagi anda. Mood memainkan peranan penting mempengaruhi kehidupan anda seharian. Jika anda rasa gembira, sudah tentunya hari itu menjadi hari yang paling ceria bagi diri anda dan begitu juga sebaliknya. Dalam menjalinkan percintaan, anda lebih cenderung untuk memilih mereka yang punyai kedudukan dan agak stabil kewangan mereka. Namun anda pandai menawan hati orang lain, tak rugi jika dapat mengenali diri anda lebih dekat lagi.

LIME (WARNA BUAH LIMAU)
Sifat anda yang tenang saja sepanjang masa amat dikagumi ramai. Tapi jangan tak tahu, kamu juga mudah rasa tertekan bila dilanda masalah. Selain itu, kamu boleh dikatakan agak cerewek juga kerana perkara-perkara kecil pun kamu amat prihatin! Pun begitu, kamu punya personality tersendiri yang membuat orang ramai menyukai diri kamu. Amboi! Kamu ini rupanya seorang kekasih yang kuat cemburu yek?

PERAK
Ternyata anda ini seorang yang berimaginasi tinggi dan tak hairanlah anda turut berbakat balam bidang yang berkaitan dengan seni. Walau bagaimanapun anda sebenarnya punya sifat pemalu yang agak menebal juga! Namun sikap anda yang suka mencuba sesuatu yang baru mampu menstabilkan keadaan, bukan apa anda suka mencabar diri anda sendiri untuk melihat sejauh mana kebolehan diri. Dari segi perhubungan cinta, anda lebih suka bersikap ‘hard to get’ untuk menduga keikhlasan hati si dia. Namun hubungan cinta anda seringkali dilanda kekeliruan dan tak begitu stabil. Tapi usah bimbang, anda akan menemui cinta sejati juga suatu hari nanti.
HITAM
Anda gemar kehidupan yang mencabar dan punya keberanian untuk melakukan apa saja. Sebab itulah, usah ada sesiapa yang cuba mencabar anda kerana anda ni akan pantang dicabar. Tapi anda tak begitu gemarkan perubahan mendadak dalam hidup anda. Namun sekali anda membuat keputusan, ia sukar untuk diubah oleh orang lain. Kisah cinta anda juga begitu mencabar dan perlukan banyak kesabaran jika inginkan perhubungan itu berkekalan. Belajarlah untuk bertolak ansur sikit!

OLIVE (WARNA BUAH ZAITON)
Bagi anda yang mewakili warna ini dikatakan seorang yang baik hati dan suka menolong orang lain. Sebab itu juga anda tak sukakan keganasan. Anda juga bijak menyesuaikan diri dengan teman-teman hingga membuatkan anda menjadi ‘favourite’ di kalangan mereka. Sememangnya anda seorang yang baik hati dan sentiasa ceria. Namun ingat, jangan terlalu percayakan orang lain membabi buta. Dalam soal cinta, anda cukup menenangkan hati si dia dan tak suka cari pasal!

PERANG
Anda seorang yang sukup aktif dan tak suka duduk diam saja. Pelbagai aktiviti yang dilakukan bagi memenuhi masa lapang. Sebagai seorang teman, anda sentiasa menyokong tindakan positif teman-teman yang lain. Pun begitu, anda sukar untuk didekati dan agak sombong jika tak boleh sesuaikan diri dengan seseorang. Dalam soal cinta, anda mudah jatuh cinta. Tapi bila anda sedar cinta kamu itu tidak berbalas, anda cepat putus asa dan mengalah dengan mudah. Macam tu pulak? Seharusnya anda perlu kikis sikap itu dan cuba berusaha untuk mengambil hati si dia. Mungki ‘rezeki’ anda untuk memilikinya nanti?

KELABU
Kebanyakkan meraka yang diwakili oleh warna kelabu ini sangat menarik orangnya dan aktif. Anda juga ingin diri anda dikenali orang ramai dan menjadi kepantangan Anda pula sekiranya tidak dilayan dengan adil oleh seiapa saja!  juga seorang yang tidak gemar menyimpan apa juga perasaan di dalam hati dan lebih suka meluahkannya. Sesekali Anda boleh bersikap pentingkan diri sendiri. Namun Anda amat pandai menawan hati orang lain apatah lagi dengan sikap humor yang Anda miliki itu.

BIRU
Ternyata anda seorang yang punya keyakinan diri yang rendah dan terlalu pemilih sangat. Tak bolehlah macam tu. Itu adalah sikap negatif yang harus anda ubah kerana mendatangkan kerugian pada diri anda sendiri. Selain itu, anda juga cenderung ke arah kesenian dan sememangnya anda berbakat dalam bidang itu hingga mempu menjadikan kerjaya berkaitan dengan seni sebagai kerjaya tetap. Soal cinta pula, anda mudah sangat jatuh cinta tapi seringkali juga putus cinta. Mana taknya, orang lain bercinta anda pun hendak bercinta. Tapi anda bukan benar-benar menyintai si dia setulus hati. Silap sendirilahkan? Kalau anda mahukan hubungan itu berpanjangan, anda harus bersikap lebih serius dan ikhlas.

BIRU LAUT
Anda mencintai diri dan kehidupan anda sendiri melebihi segala-galanya. Bagi anda, jika anda tak sayangkan diri sendiri anda siapa lagi? Anda juga seorang yang berpersonaliti menarik hingga sering menjadi perhatian ramai. Selain itu, anda juga berpandangan jauh untuk masa depan. Tapi berhati-hati dengan sikap pemarah anda tu. Sekali anda marah pada seseorang, sukar anda nak melupakannya. Jadi, belajarlah memaafkan orang lain. Sebab itu juga kamu sering bertengkar dengan si dia. Mana taknya, anda ego sangat nak memaafkan orang lain sedangkan anda sendiripun ada melakukan kesilapan!

PUTIH
Anda punya matlamat yang jelas dalam hidup dan berusaha keras untuk mengapatkannya. Orang lain juga sering memberikan penghargaan tinggi terhadap anda memandangkan anda agak berkebolehan dalam pelajaran/kerjaya. Walau bagaimanapun, anda ini kuat cemburu orangnya dan kadangkala sukar nak bekerjasama dengan orang lain. Perhubungan cinta anda juga sering tegang dek kerana sikap cemburu anda terhadap si dia. Cemburu itu memang tanda sayang tapi kalau dah melampau tu, cemburu buta namanya!

(AQUA) BIRU KEHIJAUAN
Mak oi! Angin satu badan anda ni rupanya. Senang sangat mood anda berubah secara tiba-tiba hingga kedangkala buat orang lain bosan. Mungkin sebab itu juga membuat anda kadangkala lebih suka menyendiri melayan perasaan tapi anda suka melancong untuk meluaskan pengalaman. Anda juga seorang yang jujur dan mudah percaya kepada orang lain. Dari segi percintaan, anda sukar menemui cinta sejati dan sikap terlalu mudah percaya pada orang lain membuatkan anda sering tertipu serta gagal dalam bercinta …! Oleh itu, percaya boleh, tapi jangan membuta tuli, kelak memakan diri.

~untuk suka-suki je~
hihihi...
hope enjoy..