Lagu

Sunday, 9 March 2014

8 Mac 2014

MH 370 Missing..
Allahuakbar..walaupun tiada saudara mara yang terlibat..namun..ianya terkesan di sanubari hati ini..
macam-macam spekulasi yang timbul..namun, setakat hari ni.(9 Mac 2014-7.52 Pm) tiada lagi pengesahan berita yang sebenar..namun..keprihatinan semua pihak dapat dilihat..solat hajat dilakukan...mohon Allah bantu mereka semua..
petikan kata-kata TGNA

 di atas dunia ini tidak ada tempat yang selamat sama ada di jalanraya, di darat, laut atau udara.

“Malah pejalan kaki juga kena rempuh walaupun dia tidak berada dalam kenderaan atau sebagainya.

“Kerana itu Islam menggalakkan kita sentiasa berdoa sebagaimana Rasulullah ajar setiap kali kita ingin turun tangga untuk keluar dari rumah,” nasihat beliau.

PETIKAN DOA 
ya Allah,,jika di laut timbulkanlah..
jika di langit ..turunkanlah..
jika di darat..tunjukkanlah..

Peristiwa MH370 dan firman Allah dalam surah yasin ayat 41-44.

"Dan suatu tanda (kebesaran Allah) bagi 
mereka adalah bahawa Kami angkut keturunan mereka dalam kapal yang penuh muatan."

"Dan Kami ciptakan (juga) untuk mereka (pengangkutan lain) seperti apa yang mereka kenderaai."

"Dan jika Kami mengkehendaki, Kami tenggelamkan mereka. Maka tidak ada penolong bagi mereka dan tidak (pula) mereka diselamatkan."

"Melainkan (Kami selamatkan mereka) kerana rahmat yang besar daripada Kami dan untuk memberikan kesenangan hidup sampai waktu tertentu."

Allah bekalkan kita Al quran untuk kita berfikir.

pETIKAN AYAT-ayat yang dihasilkan oleh penunggu setia berita nahas ini yang membuatkan aku lebih sedih..Allahuakbar...tabahkan hati keluarga-keluarga nahas..amin..

MH370,
Kapten Zahari, saya mungkin tidak kenal tuan,
Tetapi saya tahu, tuan sudah melakukan yang terbaik, 
Saya mungkin tidak tahu pandu pesawat,
Tetapi saya tetap tahu tuan akan lakukan terbaik,
Saya mungkin sedih dengan hilangnya MH370, 
Tetapi saya tahu keluarga tuan lebih sedih dari saya,
Kami sedih kehilangan MH370,
Tetapi saya tahu tuan, jiwa tuan lebih cedera dari kami semua.

MH370,
Selagi mereka belum temui rangka kamu,
Kami di seluruh dunia berharap kamu akan kembali dengan selamat,
Kalau ada orang jahat larikan kamu,
Kami merayu, kembalikan MH370 ke KLIA,
Atau terbangkan kamu ke Beijing,
Seluruh dunia menanti khabar kamu,
Saya harap kamu baik-baik sahaja.

Kita mungkin tidak pernah bertemu wahai MH370,
Tetapi hari ini semua orang mencari-cari kamu,
Hari ini semua orang menanti kamu,
Hari ini satu dunia risaukan kamu,
Hari ini semua orang menyebut nama kamu.

Muncullah MH370,
Ada jiwa yang menanti anaknya,
Ada jiwa menanti suaminya,
Ada jiwa menanti isterinya,
Ada jiwa menanti ayahnya,
Ada jiwa menanti ibunya,
Ada jiwa menanti kakaknya abangnya adiknya.

Jiwa kami dan jiwa mereka tidak sama,
Kami sedih tetapi tidak akan ada yang lebih sedih dari mereka,
Mereka dan kami mungkin bukan sebangsa dan seagama,
Tetapi darah kami sama,
Merah pekat warnanya.

Kasih sayang kami sama,
Tuhan, dengan cinta dan rahmat-Mu,
Temuikan MH370 segera,
Kami sudah sedia,
Kami sudah redha,
Kami tahu Kau ada,
Kau menentukan segalanya.

Manusia yang aneh-aneh jiwanya,
Kalau kamu tidak ada yang baik untuk kamu berkata-kata,
Sudi kiranya kamu berdiam sahaja.

Manusia yang aneh-aneh jiwanya,
Kalau kamu tidak ada yang baik untuk kamu berkata-kata,
Sudi kiranya tadahkan tanganmu untuk berdoa.

Manusia yang aneh-aneh jiwanya,
Kalau kamu tidak ada yang baik untuk kamu berkata-kata,
Sudi kiranya kamu menutup mata dan telinga.

Manusia aneh-aneh jiwanya,
Walau siapa pun mereka, apa bangsa mereka,
Kita tetap mengalirkan darah yang sama,
Baik kalian diam dan bacalah cuma.

MH370 muncullah kamu segera,
Kami semua akan bersedia.

Menanti kamu MH370,
Langit sudah bertukar kelabu,
Kesedihan melanda terpahat di kalbu,
Seluruh dunia menanti beritamu,
Muncullah nanti seperti selalu.

Andai tercalar tinggalkanlah petanda,
Andai terguris tunjukkanlah di mana,
Andai ada tunjukkanlah rupa,
Tidak nanti kami tertanya.

Sudah tertulis janji bersemi,
Lautan biru bertukar merah,
Ya Allah, Ya Tuhan kami,
Hanya kepada-Mu kami berserah.

#PrayForMH370









No comments:

Post a Comment