Lagu

Tuesday, 10 December 2013

terjumpa satu blog yang mampu membuatkan ku termenung dan berfikir..

ketika cinta ini hadir bukan untuk Allah..Maha Pencipta..Maha Mengetahui..
izinkalah hatiku untuk bertanya..untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba..
mungkin kah dengan Redha-Nya..atau..mungkin dengan hanya akan mengundang kemurkaanNya..
jika benar cinta itu kerana Allah..
maka..
biarlah ia mengalir mengikut aliran Allah..
kerana hakikatnya..ia berhulu dari Allah..
maka..biarkan ianya berhilir juga dari Allah..

CUKUPLAH CINTAINYA DALAM DIAM..

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya, kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui
(AN-NUUR: 32)

bukan  kerana membenci kehadirannya..
tetapi menjaga kesuciannya..
bukan kerana menghindari dunia..tetapi ingin meraih syurga-Nya..
bukan juga kerana lemah untuk menghadapinya..
tetapi ingin menguatkan jiwa daripada godaan syaitan..
yang begitu halus menyelusup sanubari..

CUKUPLAH CINTAINYA DARI KEJAUHAN...
kerana hadirnya tidak akan mampu menjauhkannya daripada ujian..
kerana hadirnya akan menggoyahkan iman..
dan ketenangan..
dan mungkin juga ia akan membawa kepada kelalaian..

CUKUPLAH..CINTAINYA DENGAN KESEDERHANAAN..
memujanya akan membawa kepada penderitaan.
menumbuhkan harapan akan membawa kepada kebahagian para syaitan..

MAKA...
CINTAILAH DIA DENGAN KEIKHLASAN..
kerana tentu kisah Fatimah dan Ali bin Abi Talib diingini oleh hati..
namun.sanggup kah jika semunya berakhir seperti kisah..
Salman Al-Farisi..

PILIHAN Allah adalah terbaikk
cukuplah cintainya dalam diam dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan..
kerana tiada siapa yang tahu rencana Allah..
Biarkan Dia yang mengaturkan semuanya..sehingga satu saat..Keindahan itu akan menjadi milik kita..
INSYAALLAH..
-keep smile-



No comments:

Post a Comment